Showing posts with label raya 2018. Show all posts
Showing posts with label raya 2018. Show all posts

Thursday, 19 July 2018

luar raya

...tapi masih beraya. Undangan daripada Pembantu Operasi atas kapasiti ajk surau. Kali pertama hadir majlis ini, memang hebat walaupun mereka ini lelaki - jangan tengok pada hiasan tetapi pada menu. Keliling Laman Karyawan dipenuhi makanan - tabik spring kepada mereka yang tidak menjamah makanan sebelum tetamu makan. Ramai sibuk melayan tetamu, menambah juadah yang habis, mungkin ada dalam kalangan mereka tak makan atau tak merasai makanan. Kak Monie pun tak larat nak merasai semua juadah - memang hebat!


Ramai yang menaja makanan dan mungkin ada yang ditempah - sekadar yang dapat dinyata - buah-buahan tempatan, buah import,  set nasi hujan panas, sate, bebola daging, mi Muar, laksa utara, sup sirip yu, kuah durian, lemang, pulut kuning, rendang daging dan ayam, cucur udang, nasi lemak, roti canai, sup kaki ayam, aneka kuih-muih, puding, kek, tart,  dan air empat perasa.  Jom layan gambar, yum yum yum!












 



















mula-mula ambil yang ini


pastu yang ini


yang ini pun


tambah lagi



dua gambar ini rakan semeja ambil - sengaja nak tayang

Monday, 16 July 2018

musim durian & majlis doa selamat

2018 banyak buah kayu dan hargapun agak murah, rezeki kita tahun ini. Alhamdulillah. Kak Monie belum bercadang untuk membeli durian tetapi memandangkan sepanjang jalan raya, FB, whatsapp dan yang sewaktu dengannya memaparkan buah raja ni makan kami patik yang hina-dina ni terpaksa mengalah kepada tuanku raja buah walaupun belum dapat gaji! he he he


26 biji


D24 - besar dan gerun nak makan, lebih suka yang biasa





banyak ulas, isi tebal



Pada hari yang sama dapat undangan rumah terbuka kenalan Kak Monie di Kajang pada hari Sabtu 14 Julai lepas dan juga majlis doa selamat kerana tuan rumah akan menunai haji. Antara tetamu yang hadir  mempunyai hubungan baik dengan tokey buah durian. Kak Monie tumpang sekaki, setangan, selulut (sebab lutut sakit kena sebut kut nanti lutut merajuk)  beli buah ni tetapi anak-anak yang uruskan. Kak Monie hadir majlis ini, anak-anak pergi ambil buah raja ini.

Tuan rumah mengambil durian pada petang hari Jumaat, anak-anak Kak Monie pergi ambil pada hari Sabtu pukul 10.00 pagi. Asal tokey sediakan sebakul RM220.00 sekitar 40 biji ... Mak aiii sib baik mereka tanya dulu kalau tak taman Kak Monie kenuri durian malam tu ... he he he

Kak Monie dah berhenti makan durian sebab rasa mencukupi untuk hari itu,  tetapi kenalan tunjuk buah, jenis buah dan beritahu isinya sedap. Bila dibuka Kak Monie rasa seulas, kemudian beliau tunjuk lagi, rasa seulas kemudian berulas-ulas yang disua, cukuplah terlebih ulas yang dirasai.












D12







anak-anak yatim Kajang - bersopan-santun