Saturday 26 August 2017

konvo twin

... pada 18 Ogos di Kolej Insaniah




diet lagi

... resipi ihsan Harison






bunga megapuspa

... di  puncak Jayawijaya Papua (di dunia hanya ada di Papua) kononnya mekar 33 tahun sekali dan tak juga dapat info saiznya. Mekar waktu tempatan 14.30 (ikut tarikh 23 Ogos), Kak Monie dapat daripada sahabat, walahuaqlam (nanti nak buat carian tentang kebenarannya)

Baca pautan SINI cuma tak di sebut saiznya (jumpa pautan ni)


Melawati Mall

...baru sampai, rasmi pembukaan pada 26 Julai (tak sempat pilih gambar... layan dulu sebelum buang gambar yang banyak ni)
















misi cari barli

... mencari hulled barley tapi tak jumpa, jumpa barli organik je. Ni di Melawati Mall, seronok juga tempat baru



leka tengok tepung dalam pek kertas, sebab selalu tengok pek dalam plastik sekilo je he he he, rasa macam berada di negara omputih le








rasa macam luar  negara sebab jumpa vanila dan baking powder macam dalam saluran astro rancangan masakan - vanila sekitar RM60



pulut kuning

...air tangan Kak Alijah






Monday 14 August 2017

Faizal & Fadilah 1

..kenuri di Kampung Batu Puteh, Batu Pahat pada 12 Ogos 2017

Tahun ni dapat kami makan lontong orang Johor, tak pun nasi ambeng he he he







telur pindang

...selalu juga dapat telur ini daripada orang Johor atau orang yang tinggal di Johor (adik kepada abang ipar duduk di Johor juga pernah membuatnya menggunakan telur ayam dan telur angsa) tetapi tekak tak berapa boleh terima. Kali ni sengaja nak cuba dan Kak Monie dapati rasanya sedap dan telur ini bahagian putih dan merahnya betul-betul keras (biasa telur merahnya sangat lembut).

Cuba lihat ruang angin pada telur ini, banyak ruang yang terpakai, Kak Monie tak pasti sama ada telur lama atau cara memasaknya yang menyebabkan ruang kosong ini besar. Ada orang memaklumkan bahawa pembuatan telur ini perlu masa yang lama sehingga ada yang merebusnya selama tiga hari dan ada yang mengatakan selama satu minggu... wallahuaqlam. Baharu tahu telur pindang memang sedap. Kredit kepada si pembuatnya.

Baca SINI untuk mengetahui cara membuatnya...




buang angin

... air untuk buang angin dalam badan, resipinya

2-3 batang serai (hiris @ ketuk)
5-6 hiris halia
1 sudu besar halba
2 mug air
- masak sehingga mendidih
- tuutp api
- bila suam campur 1 sudu teh asam jawa
- minum pagi dan malam
- buat 2-3 kali seminggu

*** pastu kita pakat kentut berjemaah



Tuesday 8 August 2017

IG Washout laundry and cafe

...di Histagram cafe depa ki ki ki, macam kami dok promote kedai depa le ni


Monday 7 August 2017

Washout laundry and cafe

... kedai dobi 24 jam merangkap kedai makan. Layan gambar ye!

Kedai terletak berdekatan pasar raya Giant Batu Caves yang diusahakan oleh orang muda belaka (katanya kerja sampingan mereka). Cafe hanya beroperasi pukul 5.00 petang hingga 12.00 malam dan tempahan boleh dibuat melalui talian 019-6075024.

Kak Monie ke sana pada malam hari Ahad sekitar 8.30 malam, nasib baik kerana masih terdapat tempat duduk untuk kami dan makanan masih ada (kecuali nasi goreng - habis licin nasi untuk digoreng) kerana semalam (hari Sabtu) pukul 10.00 malam makanan semua dah habis.












bersama-sama Iwan


gambar ihsan kawan yang telah sampai di sini