Showing posts with label resipi - mandai. Show all posts
Showing posts with label resipi - mandai. Show all posts

Monday, 9 December 2013

mandai lagi

...buat untuk dua orang kawan. Minggu lepas buat untuk staf sama bahagian dan juga seorang kawan lama yang teringin sangat nak mandai selepas membaca perihal alkisah mandai yang dimuat naik di FB oleh seorang rakan yang telah bersara. Kak Monie berikan yang masak dan yang mentah - katanya yang mentah hendak dibuat masak lemak - Selamat mencuba Mek Nab!

Sedang Kak Monie menggoreng mandai, second girl terbau mandai ini (dari ruang tamu terus masuk dapur) lalu minta dibuatkan juga untuknya tetapi dengan 'gu'nya sekali - bubur nasi!

Beras wangi hancur yang dibeli di Betong dulu masih ada lagi sikit, cukup untuk second girl dan dua kawan yang teringin nak rasa Kalau tak dak rezeki bubur ni, mohon dibeli di kafetaria - tu pun jika ada. Semoga hajat mereka tercapai esok pagi dan tak kempunan lepas ni.


Jeruk kulit cempedak terakhir, kena tunggu musim cempedak baru boleh simpan stok baru. Sekarang sudah musim durian sebab nampak durian dijual di tepi jalan nak masuk ke AU5C, lepas ni mesti datang musim cempedak. Kali ni Kak Monie akan buat 3-4 balang pula, Insya Allah.


...goreng jeruk kulit cempedak, kemudian bawang besar dan akhir sekali cili kering


kemudian gaul dalam bekas


cili macam banyak je... asingkan 


untuk kawan esok


... Fazira & Huda


 ada le sikit bubur...




Sunday, 8 December 2013

makanan minggu ini

...tak dak apa nak tunjuk - sekadar makanan kampung

mandai


ikan masin


dengan bubur nasi/moi


peknga - dialek utara

etimologi kata @ asal kata
tempek dalam belanga atau
tempek dan nganga he he he


roti nyok - bahasa baku


bahasa standard - lempeng 


cicah kari ayam - anak-anak cicah susu pekat



Resipi Peknga

2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
1/2 sudu teh garam
air sejuk
minyak/mentega
- campur semua bahan
- leser kuali dengan minyak/mentega
- seduk adunan dan masak adunan sehingga keliling tepi kuali nampak jernih 
- letak minyak/mentega di atas adunan dan...
- terbalikkan dan masak sampai kekuningan

Wednesday, 2 October 2013

mandai lagi!

...memandai-mandai (daripada kata dasar pandai-pandai) Kak Monie derhaka pada resipi ni he he he. Cerita asal SINI

Petang semalam setelah balik dari pejabat, terajin masak mandai ni, itupun setelah melihat mandai Asiah. Terbuat dua resipi pula. Terkejut campur hairan juga setelah membuka balang jeruk kulit cempedak - Kak Monie bayangkan kulit ini akan bertukar menjadi lembik-benyet, rupanya masih keras dan baunya wangi.

Apa komen isi rumah? SEDAP!

mandai versi cili padi



mandai versi cili kering



mandai + ikan bilis dengan bubur nasi


mandai setelah dijeruk lebih dua bulan
gambar semalam - getah buah agaknya


masih keras dan wangi



Resipi Mandai Versi Cili Padi:

mandai
cili padi - potong
bawang besar - potong bulat
minyak
- basuh, perah dan potong mandai kecil-kecil
- perah lagi jika masih terdapat air
- goreng cili padi sehingg layu - angkat
- goreng bawang sehingga kekuning-kuningan - angkat
- goreng mandai dengan sedikit minyak sehingga agak garing
- campur semua bahan
- siap untuk dimakan

Resipi Mandai Versi Cili Kering:

mandai
cili kering - potong
bawang besar - potong bulat
minyak
- basuh, perah dan potong mandai kecil-kecil
- perah lagi jika masih terdapat air
- goreng cili kering sehingga wangi dan keras - angkat
- goreng bawang sehingga kekuning-kuningan - angkat
- goreng mandai dengan sedikit minyak sehingga agak garing
- campur semua bahan
- siap untuk dimakan


Anekdot
Kak Monie suka versi cili kering.

Tuesday, 1 October 2013

mandai

...makanan daripada kulit cempedak yang dijeruk. Resipi orang Banjar katanya. Kawan Kak Monie yang buatkan mandai ini.

Ogos lalu, seorang kawan Kak Monie bercerita mengenai mandai dan cara membuatnya. Kebetulan seorang kawan lain baru makan cempedak malam sebelumnya. Lalu kawan tu pun menelefon anaknya supaya mengambil kulit cempedak yang telah dibungkus dalam plastik untuk dibuang. Balik dari pejabat, beliau memotong bahagian mengerutu pada kulit cempedak dan dipotong selebar tapak tangan. Di dalam balang plastik dimasukkan air suam dan garam lalu direndam kulit cempedak tersebut.

Melalui Goggle, Kak Monie dapati rata-rata menyebut kulit cempedak ini boleh dimakan selepas lima hari dijerukkan. Untuk memasaknya, keluarkan kulit cempedak sekadar yang dikehendaki, basuh dan ramas untuk mengeringkan airnya.

Cara memasak - goreng kulit cempedak yang dibasuh tadi dalam sedikit minyak sehingga kekuning-kuningan (seperti menggoreng lobak masin) dan angkat. Goreng cili kering yang dipotong sehingga garing dan angkat. Goreng bawang sehingga layu dan angkat. Campurkan kesemua bahan tadi dan siap untuk dimakan bersama-sama nasi atau bubur nasi.

Nak tau rasanya? Masam, masin dan tak siapapun akan menyangka makanan ini daripada kulit cempedak. Cubalah - sekarang ni musim cempedak.  Kalau dah mula makan maknanya kesemua bahagian buah cempedak ini boleh dimakan - isinya, bijinya dan sekarang kulitnya... mau marah lembu, kerbau he he he.

mandai 


Sebalang kulit cempedak jeruk yang diberikan kepada Kak Monie pada bulan Ogos lepas. Dah masuk dua bulan kulit cempedak ini dijerukkan. Terima kasih Azilah kerana mengusahakan proses menjeruk kulit cempedak - bagi sebalang pulak tu!

gambar bulan Ogos


Sampai hari ini Kak Monie belum cuba memasaknya (sampai dah lupa!). Insya Allah Kak Monie akan mencuba resipi ni.


TERIMA KASIH AZILAH