Sunday 29 March 2015

ikan rempah bawang goreng

Rasa boleh tahan


Resipi:

1 ekor ikan tongkol
- goreng separuh masak
1 sudu makan rempah daging
1 sudu makan cili serbuk
1 bawang besar
1 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
1/2 cawan bawang goreng

- tumis bawang
- masuk cili serbuk
- masuk rempah ikan
- masuk air asam jawa
- masuk ikan dan bawang goreng

***Anekdot
Kak Monie dapat petua; kalau ikan guna rempah daging/ayam dan kalau ayam/daging guna rempah ikan.


mi telur kering

...yang digoreng


Resipi:
1 paket mi telur kering
2 cawan isi ayam
3 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
bawang besar
bawang putih
garam, gula,air dan minyak

- rendam mi telur sekitar 10 minit - toskan
- tumis bawang
- masuk isi ayam
- masuk cili kisar dan masak hingga naik bau
- masuk sedikit air
- masuk semua sos/cecair dan perasa
- masuk mi dan goreng sampai masak

petua baju terkena minyak hitam (3)

Kak Monie masih mencari petua untuk baju yang terkena minyak hitam dan kali ini minyak hitam tak keluar tapi baju nampak cerah walaupun bahagian yang terkena minyak hitam dan minyak-minyak lain masih ketara. Bahagian yang terkena minyak hitam sikit je tapi bahagian lain masih banyak lagi 'kosong' he he he.


cerah tapi bukan bercahaya he he he


***Anekdot
a. Rendam baju dalam Vanish dan sabun basuh baju sekitar 4-5 jam.
b. Kemudian berus bahagian yang kotor menggunakan sabun mandi.
c. Bilas sekali sahaja dan perah.
d. Sekali lagi lumur baju dengan sabun mandi dan sedikit air.
e. Kemudian simpan baju dalam baldi sekitar 4-5 jam lagi.
f. Kemudian bilas bersih, banyak kali bilas sebab ketika ini warna air sabun agak ketara.
g. Guna pelembut/pewangi pakaian.
h. Jemur.


Saturday 28 March 2015

Sabah Mac 2015

... 23 - 26 Mac 2015, kali ini Kak Monie berpeluang ke Kota Belud tetapi menginap di Hotel Prominate Kota Kinabalu.












Kampung Payas-Payas, Kota Belud



bahasa etnik Iranun






kuih daripada keladi dan pulut


Pejabat Daerah Kota Belud


Pasar Besar Kota Belud









karas bersama-sama daun pisang



telur angsa



ikan liking @ leeking 
ikan kering yang dilumuri cili kering


kebanyakan ikan talang




Hotel Hyatt yang baru diubah suai


wow rempah-ratus!

















selfie dengan cermin



Hotel Le Maridien



Pejabat Daerah Kota Belud





 Pasar Besar Kota Kinabalu - bahagian kering













pasar basah - tak nak pi dekat sebab busuk... 
dah nak balik KL



singgah Stesen Enjin 
(istilahSabah bagi kereta api)
beli udang sejuk beku
satu pek sekitar RM55


balik KL penuh bagasi bah...