Tuesday 20 March 2018

kenuri & Mitsui

...17 & 18 Mac 2018 memenuhi jemputan kenuri (termasuk yang tak hadir) sebab tak mampu menghadiri kesemuanya - Kak Monie papar gambar kenuri yang dikirim oleh saudara mara dan kawan-kawan yang hadir. 

Kemudian singgah ke Mitsui di Sepang, hemmmm jamu mata je 






anak bos kawin di Senawang


staf sama tingkat kawin di Felda Labu Johnson


anak sepupu di Kuala Kangsar


anak kawan kawin di Tanjung Dawai


hadiah tetamu kawan second daughter kawin

MITSUI

Besar juga tempatnya (untuk orang yang sakit kaki seperti Kak Monie) dengan pelbagai kedai berjenama terkenal. Semasa Kak Monie sampai tidak ramai orang mungkin sebab cuti sekolah atau gaji/pencen bulan lepas awal kerana perayaan tahun baru cina (entah betul teori Kak Monie he he he)








kerabu sardin

..


Resipi
1 tin sardin
1 babang besae - dadu
5 cili padi - potong nipis
1 limau nipis - jus
garam
- lenyek sardin
- masukkan yang berbaki

Wednesday 14 March 2018

nanas yankee

... 2 biji pemberian Kak Sal, buah tangan sebab buatkan dia kuah miang kham. Sedapnya nanas ni, kulit lembut dan bila potong kulit tak putus dan mengikut je pisau seperti kita membuang kulit buat lain contoh mempelam. Manis, berjus dan empulur pun sedap, ada juga rasa ranggup. Sebiji sekitar RM11.00 - RM13.00 dan dihantar di hadapan pejabat Kak Monie sebab kebetulan penjual berada sekitar sini dan Kak Sal minta dia datang ke sini. apapun memang sedap.

Sebelum ini Kak Monie pernah beli nanas MD2 memang sedap, banyak juga dijual di gerai tepi jalan atau di pasar raya - sekitar RM7.00 - RM12.00 ikut saiz.









Sunday 11 March 2018

kek besar

... dan tinggi, sangat sedap jenuh nak perabis - kawan-kawan first girl bagi hadiah besdey. Tinggi sangat sampai senget selepas dibawa balik ke rumah, hem Kak Monie juga yang kena perabis, membazir tak baik he he he




sambal kacang hijau lagi

... kali ni letak udang kering dan serai banyak, daging dan udang tak letak sebab dah buat kali ketiga rasanya lebih sedap banyak udang kering dan pedas sikit mungkin sebab letak cili hijau - makan dengan roti. Paling suka bau ketika menumis, bau serai dan udang kering. Boleh link SINI




resipi:
4 cawan kacang hijau - rendam 10 jam
 - buang kulit (malas nak buangg)
12 batang serai - racik
3 bawang besar - mayang
20 cili padi - potong
6 cili merah - potong
2 cili hijau - potong
2 genggam udang kering
2 pek kecil suun
1 asam keping
1 pek santan kotak (200 ml)
2 senduk minyak masak
garam dan gula

- tumis bawang, cili dan serai
- agak naik bau masukkan udang kering, kacang hijau dan santan 
- akhir sekali masukkan suun, udang dan asam keping
- perasakan manis masin
- kacang empuk tak perlu air tetapi lama kelamaan suun serap air, ok je


Monday 5 March 2018

biskut susu alien

... biskut tular/viral di Facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang menggunakan 4 jenis bahan, ada yang guna tiga jenis bahan. Kak Monie skrinshot dan muat naik resipi serta bentuk yang terhasil oleh nitizen. Zaman muda-muda dulu biskut ni Kak Monie gelinte bulat-bulat dan setelah masak rupanya seperti telur cicak - kami panggil biskut telur cicak, jenis biskut cair di mulut.

Resipi ini biskut empat dihantar oleh Puan MariaKhalisya Khalis - nak cuba tak cuba! Kut terima tempahan balang A - sedih, balang B - makeup cair, balang C - gosip, balang D - naik roller coster, balang E- jin mata satu ... nasib le pelanggan yang terima! he he he

Nampak biskut ni mesti nak baca sepenuhnya, nak buat pula fikir 10 kali...



Ini biskut tiga bahan




versi spek hitam



versi india



versi gegirl




 versi gosip 


versi jin mata satu


















versi monster



























versi sedih








versi bibir tebal