Saturday 29 September 2018

bubur

... 28 Sept Kak Monie nak ke Pudu menggunakan transit laluan ringan (lrt), di Masjid Jamek, Kak Monie suka jenggah orang berjualan sarapan. Sama juga ketika di lrt Gombak pun intai-intai juga orang berniaga tapi tak beli pun, memang suka tengok je jualan mereka. 

Semasa pertukaran train, saja je Kak Monie menjenggah ke bawah dari bangunan lrt dan nampak orang berbaris, dalam hati  - mesti makanan yang sedap. Sekitar lima minit dok perati baru terlintas untuk mengira bilangan orang yang berbaris, lebih 30 orang sanggup berbaris yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Daripada penelitian nampak makanannya ialah bubur (bubur nasi kut sebab jauh juga jaraknya). Nampak ada tiga ruang meja dan makanan untuk berjual beli  supaya mudah dan cepat. Siap dimasukkan dalam bekas dengan bahan - rasanya cili, daun bawang, bawang goreng dan kicap tetapi banyak lagi yang tidak pasti sebab kurang jelas. 

Semoga beroleh keuntungan kepada penjual seramai lima orang yang  kreatif dalam memilih jualan dan tidak sama dengan peniaga lain menjual sarapan dan ada kelainannya tersendiri.



ambil bp, alhamdulillah


rajin

...makan lagi mi kicap dan mi tomyam




SEBARA

... pada 26 - 27 September





Monday 24 September 2018

wantan

...dan mi wantan




mi wantan, wantan rebus, wantan goreng, minyak bawang putih, kicap, sayuran, bebola perasa ketam, dan sup (banyak bahan untuk penyediaan mi wantan ni - saja buat cara susah, jadi susahlah, cuba buat cara mudah, mudah le jadinya, atas kita nak renyah atau nak senangkan! he he he)



gaul dan ngap


wantan goreng


wantan rebus


minyak bawang putih


sup


kicap


rupa asal wantan dan mi wantan 

Resipi

mi wantan
1 pek mi wantan - celur
7-8 ulas bawang putih   
 - goreng dengan 1 senduk minyak sehingga garing - ketepikan
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar sup
*opsyen minyak bijan

- selepas goreng bawang putih
- angkat bawang dan minyak - ketepikan
- guna kuali yang sama
- masukkan semua bahan dan masak sehingga mendidih 
- tutup api

sup:
3-4 ketul  ayam
5 ulas bawang putih belah 2
2 sudu besar minyak
2 cawan air
1 sudu kecil pati ayam
*opsyen daun sup, minyak bijan
- tumis bawang hingga perang
- masukkan ayam
- balik-balikan agar ayam menjadi perang
- masukkan air
- masukkan lada sulah

wantan goreng dan rebus:
1 pek kulit wantan
1 sudu besar kicap cair
sedikit lada sulah
2 ulas bawang putih - cincang
3-4 cendawan - dadu
garam
*** isi ayam, udang @ ketam - cincang

- gaul semua
- letak dalam kulit wantan
- sapu air sekeliling kulit wantan
- bungkus ikut piihan
- wantan mudah terbentuk
***pilihan 
 goreng sehingga kekuningan atau 
 rebus dalam sup atau dalam air sehingga timbul dan angkat

asesori:
sawi @ pak choy
tauge mentah
sambal tumis
cili merah kisar + gula
cili merah/padi potong + kicap
cili jeruk
bebeola ikan
kek ikan


pemberian

... roti jala kuah coklat - kepada chef-chef tolong henti mencipta makanan sebab Kak Monie makin gemuk!!!


first son beli dan hantar



 Ida - bubur asyura versi Ganu


Fazira - lauk jamuan perkamusan

terajin

...sawan rajin belum balik he he he


 



Saturday 22 September 2018

nasi beriyani Bombay

... aik pi Bombay ke? Sekarang dah panggil Mumbai le









Resipi Nasi

4 1/2 cawan basmathi- rendam 20 minit, tos
5 1/2 cawan air
1 kg daging kambing
1 kotak rempah Shan (Bombay)
akar dan batang ketumbar
2 biji tomato - potong 
2 cili hijau - potong
1 cili merah - potong
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 sudu kecil garam

cara penyediaan:
- halia, bawang, rempah, garam perap dalam kambing
stir fry  bawang besar dan cili 
- masukkan daging kambing, balik-balikkan sekejap
- masuk 1/2 sukatan air
high pressure 30 minit
- keluarkan daging kambing 
- masukkan baki air, akar dan daun ketumbar serta basmathi
high pressure 7 minit
- aturkan daging kambing dan telur rebus
steam 1 minit

Resipi Salsa:
4 tomato
5 cili merah
5 cili padi
1 bawang besar
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
daun ketumbar - hiris
jus limau nipis @ lemon (tak letak sebab tak ada)
- kisar, jika pengisar masih tidak bergerak, goncang-goncang jar
- keluarkan dan masukkan gula, garam serta daun ketumbar

***Anekdot
Kak Monie guna air separuh sebab nakkan daging kambing resap rasa rempah. Kalau nak letak semua pun boleh dari awal. Air dalam Noxxa tak akan berkurang.

Guna cawan metriks ye.

Teknik memasak menggunakan Noxxa






tumis bawang


masukkan cili dan tomato


balik-balikan daging kambing


masukkan separuh air dan HP 30 minit


setelah dimasak 30 minit


keluarkan daging kambing


masukkan basmathi dan daun kelumbar


masukkan baki air dan HP 7 minit


setelah dimasak 7 minit


susun daging kambing dan telur rebus


Penyediaan Salsa


potong semua bahan dan masukkan air satu bekas dadih kecil
kisar tetapi tutup, buka, tutup, buka pengisar supaya hasilnya tidak terlalu halus



tutorial sandwich

... kredit kepada Ida yang sudi berkongsi ilmu


ni rahsianya - lebih mudah dengan lidi sate sebab ada bahagian yang tak tajam untuk menekan dengan sebelah tapak tangan, manakala sebelah  tangan lagi boleh memotong roti. Pencungkil gigi agak tajam sebab itulah gambar tutorial ini memerlukan pertolongan orang lain menekan sebab dua-dua belah pencungkil gigi tajam.



cantik kan



buang kulit roti, sapu mentega


susun sayuran pada satu bahagian roti


letak  bancuhan inti pada satu lagi bahagian roti
telur rebus + mayo, lada sulah dan garam
@
tuna + mayo + garam


cucuk lidi supaya roti tak bergerak 


potong roti menggunakan pisau roti


untuk tiga keping roti, satu bahagian sayur dan satu bahagian bancuhan inti 



kemudian letak dalam kertas cup cake