Wednesday 28 February 2018

turun tangga lagi

... petang tadi seperti petang Jumaat lepas turun dari aras 24, turun dengan penuh senyuman ala-ala model



 ihsan goggle image



hadiah

...Puspanita - banyak hadiah dan rezeki Kak Monie bekas ni je










Tuesday 27 February 2018

jambu susu

... @ jambu tetek pemberian jiran ofis terus kenangan mengusik jiwa teringat Bandar Baharu (BB), Kedah. Lama tak makan jambu ni sekitar 25 tahun, kira selepas kawin tak pernah makan. Pokok jiran di BB dulu memang besar, daun sangat rimbun dan buah sangat besar jika buah ranum memang manis. Dulu pucuk jambu ni pun kami makan sebab rasa masam-masam, dulu-dulu semua sedap je. Buah pemberian jiran ofis ni agak ranum tetapi masam, ok lah sebagai pengubat rindu JAMBU SUSU











Sunday 25 February 2018

Sally balas

...dalam bekas bagi kek dan kekacang

pasar karat

...di Amcop Mall sebab merarau selepas melawat Azam Di PPUM. Pasar karat ini diadakan setiap Sabtu dan Ahad, Kak Monie pernah dengar tetapi inlah kali pertama berkesempatan mengunjungi tempat ini. Kami memarau di Restoran Sri Suria, makanannya memang sedap terutama ABC.















nasi kerabu

...nasi biru daripada bunga telang



hari ke-2 beras perang je le


bunga telang


masak bunga telang dengan air


ramas lagi dan warna akan keluar




Resipi:

1 kg @ 5 cawan beras
7 cawan air
27 kuntum bunga telang (lagi banyak lebih terang warna birunya)
1 batang serai
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan

- masak air dengan bunga telang
- tapis, tambah air sejuk dan ramas bunga sebab banyak lagi warnanya
- masuk beras dan sukat air
- masukkan semua berbaki dan masak seperti masak nasi

RESIPI YANG LAIN DI SINI



serunding kelapa



tumis budu


budu  + cili padi


air cili (cili merah, cili padi kisar)








Friday 23 February 2018