Showing posts with label resipi - acar limau telur buaya. Show all posts
Showing posts with label resipi - acar limau telur buaya. Show all posts

Monday, 2 July 2018

acar limau buaya

... ihsan resipi Kak Nah








Resipi
18 biji limau telur buaya
  - asal 21 tapi 3 buah kecil

54 cili kering
  - rebus dan kisar dengan 1 cawan air
  - mak lang Chom bagitau arwah tok lang kira sebiji limau = 3 biji cili kering
  - Kak Monie tak kenal arwah tok lang - al-Fatihah

4 biji bawang besar - kisar, tapis
 - bawang guna untuk tumis
 - air bawang guna sebagai kuah

3/4 cawan cuka
33 biji kurma - buang biji
halia sebesar segenggam - potong mancis
bawang kecil - potong 2-3
bawang putih - potong mancis
1 1/2 cawan kismis
3 pek lobak masin (opsyenal)
2 keping gula kabung
3 senduk minyak
garam (jika perlu sebab guna lobak masin)






cara penyediaan:
limau telur buaya
  - rebus limau 5 kali dan buang air
  - guna api paling kecil bagi menggelak limau pecah
  - rebus bersama barang tembaga atau duit siling satu sen
  - belah limau, korek dan buang isi di dalam dengan sudu
*** Setelah dilakukan proses menghilangkan rasa pahit limau ini, Kak Monie masih terasa kepahitannya. Kak Monie masak 2 keping gula kabung dengan air dan setelah sejuk airnya Kak Monie rendam kulit limau selama 7-8 jam dan buang air gula berkenaan. Ada kenalan petua rendam dalam air gula batu - memandangkan gula kabung banyak, Kak Monie ganti dengan gula kabung.

- tumis bawang yang dikisar
- masukkan cili kisar
- masak sehingga pecah minyak
- masukkan gula kabung
- masukkan 250 ml air
- masukkan semua berbaki kecuali kulit limau (sebab agak lembut)
- tutup api
- bila agak sejuk masuukan kulit limau
- simpan dalam peti sejuk sebab tak banyak penggunaan cuka

***Anekdot
Kak Monie letak 3/4 cawan cuka sebab tak rasa masam. Cili kering tersalah kira agaknya sebab rasa pedas selepas dimasak. Harap 4-5 hari segala jus kurma, kismis, lobak masin aan menggurangkan rasa kepedasan. 
Garam pun Kak Monie tak letak sebab rasa loabak masin sangatlah masin. Sepatutnya direndam 3-4 jam supaya hilang rasa masin. Harap seimbang rasa acar Kak Monie ni. Sukatan semua dalam ukuran cawan matriks.

Thursday, 28 June 2018

makin cantik

... limau telur buaya Kak Monie selepas dimasak bersama-sama duit siling satu sen - hijau seperti masih segar-bugar. Hemmm bila agaknya nak mengacar ni - tunggu mood rajin datang bertandang yeeee.


setelah direbus kali ke-5

Kak Monie buat kali ke-4 dan ke-5 sahaja limau direbus bersama-sama duit siling sebab siling ada di pejabat. Selepas dimasak limau bertukar menjadi hijau dan selepas kali ke-2 dimasak dengan siling, kulit limau berubah menjadi semakin hijau. Mungkin jika dari awal Kak Monie masak dengan duit siling satu sen, kulit limau akan sentiasa hijau.


ketika di dalam air

ASAL


limau sebelum dimasak



limau baru mendidih kali pertama


limau selepas dibalik-balikkan 


limau direbus kali ke-2 tukar guna vision



limau baru nak rebus bersama-sama duit siling satu sen

Sunday, 24 June 2018

mengacar

... Kak Monie tapi lambat lagi, lima kali rebus dan buang api - api kecil sebab limau boleh pecah, barang tembaga dan siling satu sen tak ada, esok kerja Kak Monie bawa siling satu sen sebab banyak tersimpan di pejabat.


pindah ke vision sebab air yang terhasil daripada periuk nasi lama berwarna biru samar-samar



yang tenggelam bertukar warna


asal buah limau telur buaya (boya)

Thursday, 29 June 2017

acar limau telur buaya

...atau limau teloq boya - masakan ini sama seperti membuat acar buah, Kak Monie hanya turunkan ilmu memproses limau ini agar hilang rasa pahit, cantik buah dan tekturnya. Kredit kepada Nor Suria yang sudi berkongsi ilmu.

Hasilnya kulit limau ini menjadi gebu gebasss...


Kak Hasnah buat acar tetapi lupa minta resipi

Resipi/Petua:
1. Buah limau ini dicucuk-cucuk melepasi kulitnya dengan hujung mata pisau.
2. Rebus limau dengan air, daun jambu batu dan garam sehingga mendidih.
3. Setelah mendidih  tutup api dan biarkan  5 minit lalu dibuangkan airnya supaya rasa pahit tidak terserap.
4. Ulangi proses merebus sebanyak tiga kali.
5. Rebusan terakhir dicampur gula batu supaya limau berseri tetapi apabila memasak acar nanti air gula batu ini dibuang.

*** Anekdot
 - untuk mengekalkan warna hijau pada kulit limau telur buaya ini - rebus limau dalam kuali tembaga atau rebus bersama-sama duit siling tembaga satu sen.
- rendam dalam air gula tak perlu lama sebab air gula rasa tak sedap - sejat dan masuk dalam peti sejuk, kalau terdedah akan timbul fungus.
- boleh lumur garam dan gula atau rendam cuka - tapi asid tinggi.
- seeloknya rebus limau cara ini dan terus buat acar limau.

***Anekdot
Kalau membuat jeruk tak perlu rebus, lumur limau dengan garam halus dan simpan dalam balang atau lumur dengan gula pun boleh. Rebus limau ini hanya jika hendak membuat acar.