Showing posts with label resipi - laksam. Show all posts
Showing posts with label resipi - laksam. Show all posts

Saturday, 2 February 2019

laksam

... buat dua hari berturut-turut dan Kak Monie lebih suka resipi pertama menggunakan campuran tepung beras dan tepung gandum. Sengaja mencuba resipi kedua sebab ada yang kata resipi ori menggunakan tepung beras semata-mata - bagi Kak Monie hasilnya laksam tak berkilat dan tak mudah untuk menggulung dan jika lambat digulung memang tak akan menjadi langsung gulungannya.

Kuah lebih sedap menggunakan sardin atau kembung - terasa kemanisan ikan. Sengaja menggunakan ikan mata besar sebab kebetulan banyak dan lagi Kak Monie cuba elak makan ikan sardin kut nanti sakit kaki (teori je pun)







Resipi 1 (campuran tepung)

laksam:
6 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
9 cawan air suam (4 cawan api mendidih + 5 cawan air)
secubit garam
- bancur dan perap 30 minit
- sapu minyak atas tudung periuk
- tuang bancuhan dan kukus
- tunggu menggelembung
- gulung  
- sejuk baharu gunting

kuah:
2 kotak santan 200 ml
gula, garam dan air
1 asam keping

bahan kisar
5 ekor ikan mata besar - rebus dan perisi tulang 
4 biji  bawang besar 
2 sudu kfc lada hitam 
1 inci belacan
1 inci halia 

- tuang dalam periuk dan masak
- sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
*** kepekatan bergantung kepada isi ikan 

sayur:
 kesum, bunga kantan, timun, kobis putih dan ungu

sambal belacan:
cili merah, cili padi, garam dan belacan

*** Anekdot 
Kurang umpmm sebab guna ikan mata besar sahaja - hari kedua buat kuah guna ikan pelaling 6 ekor





Resipi 2 (tepung beras sahaja)

laksam:
6 cawan tepung beras
9 cawan air suam (4 cawan api mendidih + 4 cawan air)
1/2 sudu kecil garam
- bancur dan perap 30 minit
- sapu minyak atas tudung periuk
- tuang bancuhan dan kukus
- tunggu menggelembung
- gulung  
- sejuk baharu gunting

kuah:
2 kotak santan 200 ml
gula, garam dan air

bahan kisar
6 ekor ikan pelaling - rebus dan perisi tulang 
4 biji  bawang besar 
2 sudu kfc lada hitam 
1 inci belacan
1 inci halia 

- tuang dalam periuk dan masak
- sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
*** kepekatan bergantung kepada isi ikan 

sayur:
 kesum, bunga kantan, timun, kobis putih dan ungu

sambal belacan:
cili merah, cili padi, garam dan belacan


Tuesday, 16 May 2017

laksam

... makan je, Kak Monie buat ni sebab bahannya sama dengan bahan nasi kerabu. Bahan nasi kerabu Kak Monie beli rasanya tidaklah banyak tetapi mungkin sayur-sayuran tak dimakan sangat, dapat idea untuk membuat laksam (kebetulan twin suka). Sayur agak mahal minggu ni, timun kecil je RM1.20, daun kesum empat tangkai RM0.60 dan bunga kantan sekuntum RM2.50 - kita makan sampai ke akar ye, baru berbaloi!  (kesum rasa nak makan dengan getah pengikat he he he)





 resipi semua ganda dua kali

Resipi:

laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
41/2 cawan air suam (2 cawan api mendidih + 21/2 cawan air)
secubit garam
- bancur dan perap 30 minit
- sapu minyak atas tudung periuk
- tuang bancuhan dan kukus
- bila menggelembung - dah masak 
- sejuk baharu gunting

kuah:
1 biji kelapa - santan
4 ekor ikan kembung - rebus dan perisi tulang - tumbuk (Kak Monie guna makerel)
1/2 bawang besar - tumbuk
2 sudu makan lada hitam - tumbuk
1 inci belacan
1/2 inci halia - tumbuk
gula, garam dan air
(1 liter cecair - santan + air)
- tumbuk atau kisar (Kak Monie kisar semua he he he - malas le tu)
- tuang dalam periuk dan masak
- sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
*** kepekatan bergantung kepada isi ikan, makerel agak banyak isi 

sayur:
 kesum, bunga kantan, timun, tauge, kobis, kacang panjang

sambal belacan:
cili merah, cili padi, garam, jus limau kasturi dan belacan



Friday, 25 March 2016

laksam

Sukeeee sangat sebab terhasil laksam yang sangat cantik


...dengan asesori


persediaan... guna 2 tudung periuk


dah nampak rupa


selesai dalam masa 1/2 jam


best giler!


Sue Kuching sila jeles... he he he



LAKSAM
500 g @ 3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1250 ml @ 5 cawan air suam
secubit garam
minyak untuk sapuan
(Kak Monie guna 4 cawan air sejuk + 1 cawan air panas)

cara:
Campur semua bahan
Tunggu 30 minit baru dikukus
Panaskan air dalam pengukus
Leser minyak pada tudung periuk
Letak tudung periuk dalam pengukus
Letak 2 senduk adunan
Kukus sehingga aduan mengelembung
Angkat tudung periuk 
 - guna penyepit ye, sebab panas
Gulung ketika masih panas
Ulang lagi sehingga selesai
* tidak perlu panaskan tudung periuk

KUAH
8 ekor ikan sardin
 - rebus dan ambil isi sahaja
 - kisar isi ikan
1 bawang besar - kisar
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1/4 sudu teh halba
1 sudu teh lada hitam - tumbuk
air, gula dan garam

cara:
Masak bawang dikasar sekitar 10 minit.
 - untuk menghilangkan bau bawang
Masukkan semua bahan yang berbaki.
Ikut kepekatan masing-masing.
Jangan didih lama - santan pecah minyak.
Perasakan.
(Kak Monie suka terasa manis lebih sikit sebab Kak Monie memang manis he he he tapi jangan manis sangat)

asesori:

sambal belacan
kacang panjang
daun kesum
tauge
bunga kantan (x ada, x payah sebut)