Showing posts with label resipi - nasi ayam. Show all posts
Showing posts with label resipi - nasi ayam. Show all posts

Saturday, 1 September 2018

nasi ayam tertangguh

... resipi mudah (atau resipi bodoh he he he). Oleh sebab demam pada 2-3 hari sebelum raya aidiladha makan nasi ayam yang sepatutnya menjadi menu utama di pagi raya tergendala. Kebetulan majlis pot luck pondok baharu di Sungai Buluh pada hari raya juga terpaksa dibatalkan sebab kaum keluarga terdekat masuk hospital - menyebabkan makanan yang ditempah iaitu nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan jelatah pun diberikan separuh kepada kami (he he he - rezeki pagi raya).

Nasi ayam ini dibuat 27 Ogos, daun salad pun dah ada yang layu (raya aldiladha pada 22 Ogos, beli barang untuk nasi ayam 20 Ogos - lamanyeee)




Resipi 

nasi:
1 ayam - potong 12
5 bawang putih potong 2
1 inci hali
6 cawan air  (agak-agak)
2 sudu besar mentega
3 sudu makan minyak masak
1 bawang besar - dadu
4 cawan beras
daun sup dan tomato (opsyenal)
- masak ayam dengan air
- air guna untuk nasi
- tumis bawang 
- masuk beras
- masukkan air sup ayam
- masak dalam periuk nasi elektrik

ayam:
keluar ayam dan tuang kicap (kicap manis @ masin)
- perap
- goreng ayam

kicap:
guna kicap perap ayam + sup ayam

cili:
10-12 biji cili merah
15-20 cili padi
1 tomato
1 bawang putih
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu makan gula kabung @ gula pasir
- kisar cili, bawang dan tomato
- masak semua sehingga mendidih

assesori:
timun
salad
tomato



Tuesday, 10 April 2018

nasi ayam mudah

..




Resipi:
1 ayam - potong 4
9-10 cawan air
- masak air halia dan garam
- celur ayam 10 minit
- angkat ayam
- air buat masak nasi dan sup

ayam:
2-3 sudu makan Sunquick
2-3 sudu makan kicap
- bakar dalam oven 45 minit

nasi:
 4 pot nasi
- 6 pot air
- tumis mentega, minyak masak, bawang
- masukkan air rebus ayam
- masak dalam periuk elektrik seperti biasa

sambal:
cili merah
cili padi
garam
- kisar halus

kuah kicap:
kicap
air ayam
2 sudu makan tepung jagung + sedikit air
- campur dan masak 

Sunday, 4 March 2018

nasi ayam

... masak dan makanlah dengan lauk atau menu apa pun memang sedap. Resipi nampak mudah dan juga nampak sedap. Kawan dah guna resipi ni 30 tahun yang diperoleh ketika mengikuti suami menuntut di UK - jauh dan lama resipi ni. Nanti nak cuba.


Teringat resipi pelajar kita di UK dan US sekitar 30 tahun dulu - kakak, adik, sepupu dan kawan-kawan sekolah, mereka jadi kreatif sebab bahan mahal, terhad dan kalau adapun di China Town atau kedai orang Vietnam. Teringat ada yang buat sate guna rempah sup dan rempah kari - goreng je!


resipi Siti Khalijah




Resipi:

1 ayam potong 4
halia
garam
air
1 sudu sunquick
3 sudu kicap
1 sudu madu
- masak air dan celur ayam sekitar 10 minit
- angkat ayam dan bakar dan oven sekitar 45 minit

sos cili:
cili merah
bawang putih
gula
garam
air
- kisar

air rebus ayam: 
- buat sup
- masak nasi -tumis bawang putih, boh beras dan air rebus

asesori:
salad
tomato
timun
apa juga menu lain - sotong, udang dan sebagainya