...first girl buat
Resipi:
200 ml whip cream
1 sudu teh vanila
2 1/2 pek biskut oreo
cara:
Putar whip cream sampai naik sekali ganda
Masuk vanilla
Masuk dalam bekas kek yang boleh tanggal di bawah
Tabur biskut
Sejuk beku semalaman
Showing posts with label resipi - kek. Show all posts
Showing posts with label resipi - kek. Show all posts
Wednesday, 16 December 2015
Tuesday, 1 April 2014
komen kek merah
... @ kek Ariana Rose daripada staf anak mak mertua...
1. sedap
2. harga cadangan RM50.00 (wow mahalnya)
3. lebihkan rasa oren
4. moist sikit lagi
5. kurangkan manis (group diabetes)
1. sedap
2. harga cadangan RM50.00 (wow mahalnya)
3. lebihkan rasa oren
4. moist sikit lagi
5. kurangkan manis (group diabetes)
He he he - Kak Monie belum cadang nak bisnes, ni saja nak bagi staf anak mak mertua makan, alang-alang bagi kepada pengantin baru bagi semua merasa. Kata anak mak mertua kalau Kak Monie buat mesti lagi ummmhhh. First girl buat pun sama juga rasanya - saja le tu nak ambil hati bini kah kah kah!
kek yang siap di'make-up'
dan diberikan 'rumah'
Sunday, 30 March 2014
projek baking lagi
Atas permintaan anak mak mertua - dua biji kek merah @ kek Ariana Rose he he he untuk pengantin baru dan menjamu stafnya. Kak Monie pula teringin nak merasa Ghirardelli Chocolate yang baru dapat - 'didatangkan khas' dari San Francisco. Apa pun kredit untuk first girl kerana membuat semua kek ni.
kek belum di'make-up'
Sunday, 2 June 2013
cara baru
...makan kek epal dengan fruitcocktail. Sedap! Maknanya dah sihat kut, kerana sehari ni tekak rasa loya.
mangkuk Kak Monie
anak pun tiru
Saturday, 1 June 2013
kek epal
...orang barat beri nama kek jenis ini sebagai tea cake. Pagi-pagi tadi selepas Subuh sepii Kak Monie buat sambal terung, peach cobbler dan kek epal. Tak banyak mentega yang ada cuma mentega sapuan sahaja yang banyak lagi. Buatkan peach cobbler kemudian buat kek epal ni. Jom layan!
Resipi
Bahan-bahannya
1/2 buku mentega
1 cawan gula halus
2 biji telur
1/4 cawan air panas + 2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanila
1 biji epal - dibuang kulit dan didadu
2 cawab tepung kek
topping
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus
3 sudu makan mentega sapuan
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 cubut serbuk buah pala
- campur dan gaul sehingga menjadi serbuk roti
- jika perlu tambahkan tepung
Cara-caranya
Krim mentega dan gula sampai putih.
Masukkan telur dan vanila.
Masukkan bancuhan susu.
Masukkan tepung.
Akhir sekali masukkan epal.
Masukkan adunan di dalam loyang yang dileser mentega dan tepung.
Tabur topping dan bakar 175 Celcius selama 40-50 minit
Resipi
Bahan-bahannya
1/2 buku mentega
1 cawan gula halus
2 biji telur
1/4 cawan air panas + 2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh vanila
1 biji epal - dibuang kulit dan didadu
2 cawab tepung kek
topping
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula halus
3 sudu makan mentega sapuan
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 cubut serbuk buah pala
- campur dan gaul sehingga menjadi serbuk roti
- jika perlu tambahkan tepung
Cara-caranya
Krim mentega dan gula sampai putih.
Masukkan telur dan vanila.
Masukkan bancuhan susu.
Masukkan tepung.
Akhir sekali masukkan epal.
Masukkan adunan di dalam loyang yang dileser mentega dan tepung.
Tabur topping dan bakar 175 Celcius selama 40-50 minit
Tuesday, 28 May 2013
kek pisang
Teringin hendak makan kek pisang. Kek pisang yang terdapat di pasaran biasanya lembut dan nampak menyelerakan tetapi Kak Monie tidak berapa gemar sebab kandungan esen pisang yang agak kuat.
Sementelahan ada pisang, buatlah sendiri.
Resipi:
170 gm mentega (cairkan)
5 biji pisang emas yang ranum (lecek)
150 gm gula halus
2 sudu makan susu manis
250 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
-Telur, susu manis, gula dan garam dicampur di dalam bekas dan dikacau supaya sebati.
- Ayak tepung dan serbuk penaik.
- Masuk tepung dan mentega cair berselang-seli di dalam adunan telur.
- Akhir sekali masukkan pisang yang telah dilecek.
- Bakar 170 Celcius selama 30-40 minit atau sehingga dicucukkan lidi tiada adunan yang melekat.
***Anekdot
Anak-anak Kak Monie makan bersama-sama aiskrim vanila. Memang sedap!
Sementelahan ada pisang, buatlah sendiri.
Resipi:
170 gm mentega (cairkan)
5 biji pisang emas yang ranum (lecek)
150 gm gula halus
2 sudu makan susu manis
250 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
1/2 sudu teh garam
-Telur, susu manis, gula dan garam dicampur di dalam bekas dan dikacau supaya sebati.
- Ayak tepung dan serbuk penaik.
- Masuk tepung dan mentega cair berselang-seli di dalam adunan telur.
- Akhir sekali masukkan pisang yang telah dilecek.
- Bakar 170 Celcius selama 30-40 minit atau sehingga dicucukkan lidi tiada adunan yang melekat.
***Anekdot
Anak-anak Kak Monie makan bersama-sama aiskrim vanila. Memang sedap!
Subscribe to:
Posts (Atom)

