Saturday 28 February 2015

pelamin

...sudah lama Kak Monie tak masukkan gambar pengantin, pelamin, door gift. Ini bukan bermakna tidak menghadiri kenduri kawin, masuk rumah, aqiqah tetapi malas nak muat naik (cerita yang sama cuma tukar gambar je). Banyak sangat kenduri yang Kak Monie hadir dan kebanyakan dalam keadaan tergesa-gesa, perlu ke kenduri yang lain pula kerana biasanya terdapat lebih daripada satu kenduri. Ada kalanya memang hadir satu kenduri tetapi bersembang sehingga 'dihalau' kerana meja, kerusi dan khemah hendak dikemaskan baru kami beredar he he he.

Biasanya kenduri kahwin Kak Monie kenal ibu bapa pengantin, sempat salam, peluk cium, makan, sembang dengan tetamu lain yang kebanyakannya kenalan lama (ye le tuan rumah pun kawan lama, jumpa geng lama terutama geng zaman persekolahan). Pengantin ni dah tak jadi wajib tengok atau ambil pot he he he.

Tadi Kak Monie hadir dua kenduri - teringat fesyen pelamin seketika dulu berlatar belakang tirai putih dan dipancarkan cahaya lampu warna-warni. Sekarang fesyen tirai kain berbelit-belit menggunakan banyak kain (bermeter-meter) tetapi dengan ton warna yang berlainan, cantik... Sekali bah sekali pasir berubah.

Jom layan - dua-dua cantik


ni rasa pelamin dah  besar


yang ini lagi lebar dan tinggi


pemergian

..pada 27 Feb - nenek saudara kerana sakit tua dan kawan sama sekolah kerana kanser. Al-Fatihah.

Hapipah - bertemu semula setelah 39 tahun berpisah. Posting pada 12 Mei 2014


Nenek saudara - Hajah Wahidah 93 tahun


ketika perkahwinan Lisa & Yusri


Hari Lahir nenek ke-90 
You tube SINI


***Anekdot
Nenek saudara terakhir dan tidak ada lagi yang tinggal. Sememangnya nenek Kak Monie bernama Hajah Rafeah lebih tua daripada Nenek Hajah Wahidah (generasi pertama). Nenek ni adik ipar kepada Hajah Rafeah.

Emak Kak Monie (generasi ke-2), dia seorang sahaja yang masih ada, adik-beradik, ipar-duai semuanya telah pergi mengadap pencipta-Nya. Sebelah bapa, masih ada lagi dua orang adik daripada 10 adik-beradik semuanya.

Al-Fatihah untuk mereka semua.



pemberian Feb

... terima kasih semua
Jiah - buah-buahan
sedap ceri


besaq!


Zati - strawberi


awat semua besaq-besaq!


Kak Ma - lempeng pisang


Pah - peneram


Fatin - oleh-oleh Mekah, minyak wangi


Kak Rahimah - ubi kayu


Ita - bihun 


Ros - stew ayam pencen



masak & makan

... Feb 2015
suun goreng


tom yam ikan


laksa lemak



brownies


tak berapa umph!



Lov U peknga


laksa asam


karipap gergasi


selalu buat tak pernah dapat muat naik 32 biji sebab ada je lah yang menyambar, hari ni full house


Wednesday 25 February 2015

sushi

Kak Monie berkesempatan belajar membuat sushi (hands-on) daripada anak rakan sekolah. Beruntung sungguh sebab dah lama Kak Monie ingin berguru membuat sushi walaupun tidak suka akan sushi sebab tidak meminati rasa seaweednya kerana menyerupai tembakau he he he. Semangat untuk belajar membuat sushi kerana anak-anak (kecuali first girl) sangat meminatinya. 

Kak Monie pernah mencuba dua kali sushi ketika dihidangkan pada majlis makan bufet di sebuah hotel tetapi tidak pernah dapat menelannya - biasa akan meluah kembali setelah mengunyahnya. Kali ini Kak Monie mampu makan dua potong sushi dan dapat menelannya!

Alhamdulillah hujung minggu ni bertambah satu lagi ilmu dan Kak Monie ingin berkongsi resipi berkenaan.




berasnya


cuka khas - halal


seaweed


tawar


seaweed berperisa manis


tebar nasi di atas seaweed
senipis yang boleh (nasi melekit)


letak karot


letak timun


letak telur


letak mayo


gulung kemas


bahagian hujung letak sedikit nasi
berfungsi sebagai gam


siap!


potong menggunakan pisau tajam


telur dadar - resipi dan cara membuatnya
(dadar biasapun boleh) atau tonton

Youtube SINI atau SINI

tamagoyaki (Japanese omelette)


taataarrraaa!



menggunakan inti tuna



bahagianya dapat ilmu SUSHI


Resipi:

nasi:
2 cawan beras sushi
4 cawan air
6 sudu makan cuka (cuka khas)
- basuh dan masak dalam periuk nasi elektrik
- setelah masak sejukkan
- masukkan cuka
- rasa secukupkan
- cuka akan memberikan rasa manis-masam

inti:
karot - potong memanjang
timun jepun - potong memanjang
telur dadar - potong memanjang
ikan tuna - dalam tin
mayonis

telur dadar:
3 biji telur
1 sudu makan gula
minyak
- dadarkan
(atau ikut teknik seperti di Youtube)

Cara-caranya - sila lihat langkah di atas.