Wednesday, 2 January 2019

bahan perap ayam panggang

Resipi KAK MONIE  
Terpaksa reka resipi sebab belum dapat resipi ASAL, Azilah pernah beri tetapi tiada dalam simpanan. First son minta tolong perapkan ayam, jadi Kak Monie pun tolong buatkan lima ekor ayam - dua ekor buat resipi ayam golek merah dan tiga ekor lagi guna resipi ni.

Maklum balas, semua kawan first son kata sedap, hemmm budak lelaki semuanya sedap - asalnya mereka nak perap ayam lima ekor dua malam sebelum gader-gader. Bila Kak Monie tanya nak letak ayam di mana, katanya dalam tong - lagi lama lagi sedap. Memang bukan tau pun ilmu masakan budak-budak lelaki ni, maunya makan ayam busuk nak oi... bukan ayam sedap... he he he

Resipi KAK MONIE 
3 ekor ayam - potong
6 sudu besar cili kering kisar
18 ulas bawang putih
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 biji bawang besar
12-15 sudu besar madu 
2 ketul gula kabung (saiz seperti lilin katering di meja hidangan)
9 sudu besar kicap
9 sudu besar sos tiram
3 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar serbuk perasa lada hitam
air (kisar bahan keras sahaja)



- kisar semua yang keras
- masukkan bahan berbaki dan kisar lagi
- perap dalam ayam

 ihsan Azilah, resipi ASAL untuk dua ekor ayam





Resipi AZILAH 
2 ekor ayam - potong
20 cili kering
1 labu bawang putih
5 inci halia
6 biji bawang besar
3 batang serai
2 biji limau kasturi - jus
1/2 - 1 botol madu (ikut suka)
5 sudu besar gula
1/2 cawan kicap
1/2 botol sos tiram
garam

- kisar bahan yang keras
- perap dalam ayam sekitar 4 jam dan lebih  dalam peti sejuk
- bakar atas arang
- kuah perap tambah minyak dan percik ketika bakar ayam
- boleh guna juga untuk perap sosej 

***Anekdot
Jika tiada peti sejuk, bahan yang diperap boleh tahan sekitar 10 jam - jangan sampai berbau dan berbuih

***Kalau guna Noxxa
 perap satu jam atau lebih
high pressure 10 minit
- ubah posisi ayam
high pressure 10 minit
stir fry kuah hingga pekat

- tak perlu keluarkan ayam


***hp 9 pun ok untuk tiap posisi tetapi jika perap dalam freezer dan keluarkan 4-5 jam elok hp 10 


No comments:

Post a Comment