Showing posts with label resipi - asam pedas ayam. Show all posts
Showing posts with label resipi - asam pedas ayam. Show all posts

Monday, 16 April 2018

asam pedas ayam 3

... pada hari masak asam pedas, Kak Monie hantar resipi kepada seorang kakak yang baik dengan Kak Monie dan pro dalam masakan sebab beliau orang selatan Semenanjung. Beliau beri tambahan  itu tumis 4 sekawan (baru tau!) Kak Monie masak sekali lagi hari berikutnya  sebab nampak isi rumah makan bersungguh-sungguh. Kali ini dengan tambahan bahan 4 sekawan, hemmm rasa lebih umphhh. Kira Kak Monie dah terror buat asam pedas, kalau sebelum ni seperti sambal tumis cair- ceroi he he he




Resipi;
1 1/2 ayam - potong kecil
5 sudu makan cili kisar
2 serai - ketuk
1 kiub ayam 
6 cawan air + segenggam asam jawa
2 tangkai daun kesum
12 helai daun limau purut
1 senduk minyak
garam
1 sudu makan gula
2 biji tomato - potong 6
4 sekawan (k.k manis, pelaga, lawang, cengkih)

bahan kisar:
5 bawang besar
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu makan lada hitam (flakes)
2 inci belacan

- tumis serai dan 4 sekawan
- masukkan bahan kisar
- apabila pecah minyak masukkan ayam dan kiub ayam
- masak sehingga ayam kecut
- masukkan air asam jawa 
- mendidih, masukkan semua yang berbaki
- perasakan

asam pedas ayam 2

Kak Monie ke Melaka pada 13 April lepas kerana menghadiri mesyuarat, langsung dibawa makan asam pedas di satu tempat. Kak Monie terpanggil untuk buat asam pedas ini. Hemmm, rasa Kak Monie buat lebih sedap kut! Angkat bakul semdiri ye! Tanya Mr. Goggle dan buat pengubahsuaian kepada resipi...


sehari selepas dimasak - baru keluar dari peti sejuk

Resipi
1 ayam - potong kecil
4 sudu makan cili kisar
1 serai - ketuk
1 inci lengkuas - ketuk
1 kiub ayam
1 cawan air
4 cawan air + segenggam asam jawa
2 tangkai daun kesum
1 bunga kantan
9 helai daun limau purut
1 senduk minyak
garam
1 sudu makan gula

bahan kisar:
 3 bawang besar
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 sudu makan lada hitam (flakes)
2 inci belacan

- tumis serai lengkuas dan bahan kisar
- apabila pecah minyak masukkan ayam dan kiub ayam
- masukkan 1 cawan air
- masak sehingga ayam empuk
- masukkan semua yang berbaki
- perasakan


Friday, 25 March 2016

asam pedas ayam 1

 ...nanti letak resipi - malas


Resipi

1 ekor ayam
2 bawang besar *
5 bawang putih *
1 inci halia *
sedikit kunyit hidup*
sedikit belacan*
2 senduk cili kisar
1 keping asam kandis
1 serai - ketuk
segenggam asam jawa
3 cawan air
minyak, garam
* bahan dikisar

asesori pilihan:
bendi
kesum
kantan
cili
terung
timun


(ada mengatakan kesum dan kantan tak perlu sebab asam tumis asal tidak diletakkan bahan berkenaan - entah versi Melaka @ Johor, boh je ikut tekak kita atau jika benda Allah tersebut terdapat stok dalam peti sejuk untuk diperhabis  he he he)

cara:
Tumis bahan yang dikisar dan serai sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar.
Masak sehingga pecah minyak.
Masuk secawan air asam jawa.
Masak sehingga mendidih.
Masukkan ayam dan masak sekitar 10 minit.
Tambah air jika perlu lebih kuah.


***Anekdot
Cara masak inilah yang menjadi rahsia asam tumis (dikatakan/ diceritakan/ dipetuakan/ diperturunkanlah - Kak Monie tukang sampaikan je).  

Kononnya cara ini menjadikan minyak dan air bercampur bukan terpisah - jangan masukkan air banyak sekaligus, mesti secawan dahulu, jika nak lebih tambah selepas mendidih. Jika menggunakan ikan, biar kuah mendidih baru masukkan ikan. 

Wallahu aqlam!