Showing posts with label stew nasser. Show all posts
Showing posts with label stew nasser. Show all posts

Tuesday, 18 June 2024

stew Nasser

 ihsan dari FB Nasser's Kitchen

Resipi Kak Monie dapat dari FB Nasser tetapi link sudah tidak dapat dicapai. Kak Monie sudah pernah buat dan simpan resipinya dan resipi ini diolah semula (ikut langkah cara membuatnya).

PC - pressure cooker

1 cawan minyak masak
= panaskan

1.5 labu  bawang putih - cincang /tumbuk kasar
= masak sampai naik bau

3 biji bawang Holland - dadu kasar
= masak sampai bawang layu

3 batang saleri - potong nipis
= masak sampai lembut

3 batang karot - potong 1 inci
= masak sekitar 5 minit

2.5kg tulang  (lebih kurang penuh PC)
2.0kg daging - potong nipis @ kiub
6 mug air (3 + 3 PC dan periuk)
2 kiub lembu
6 sudu besar kicap manis
2 sudu besar paprika
5 sudu besar Lea and Perin
5 helai daun salam
3 sudu besar lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu besar Italian herbs
1 sudu besar oregano 
1 sudu besar pasli
3 sudu besar tomato puri

= Kak Monie letak tulang dalam PC Philip dan masukkan 1/2  bahan yang dimasak tadi dan set mode daging selama 30 minit. Senarai bahan selepas air sehingga tomato puri semuanya Kak Monie masuk ke dalam PC sahaja
 
= Dalam periuk hanya setakat senarai karot + air dimasak bersama-sama daging...sambung di bawah
 
= Daging masuk dalam periuk bersama 1/2 lagi bahan dan masak sehingga daging empuk sekitar 20 minit kemudian masuk kentang, keluarkan kentang jika terlalu lembut
 
= Satukan bahan dalam PC dan dalam periuk (Kak Monie guna periuk besar)

5 biji tomato - potong 4@6
1 tin besar kacang panggang
1 tin besar kacang pis
1 tin cendawan butang - potong
2 sudu besar garam
= masak sekitar 5 minit

roux: untuk pekat kuah
1/2 bar mentega 
6 sudu besar tepung
= masak sampai tepung kuning
= masukkan bahan dalam kuah
= masak sampai kuah memekat




 

Thursday, 21 January 2021

stew

 ...banyak bahan yang diperlukan dan hasilnya memang sedap, dimakan bersama-sama roti perancis yang disapu mentega bawang putih. Resipi asal memerlukan  sekitar 2 1/2 jam untuk direnehkan tetapi Kak Monie menggunakan pressure cooker (PC) Philip. Resipi disertakan bersama-sama cara penyediaan mengikut turutan. Sila layari Face Book/you-tube Nasser' Kitchen

ihsan Gee via Nasser's Kitchen







memang banyak




Resipi = Asal dan yang bertanda (*) Kak Monie guna

1 cawan minyak zaiton
= panaskan

700g bawang Holland
* 3 biji
= masak sampai bawang layu

350g saleri
* 2 batang besar
= masak sampai lembut

100g bawang putih - cincang
* 1.5 labu - ketuk dan tumbuk kasar

350g karot
* 2 batang - potong 1 inci
= masak sekitar 5 minit

1.5kg daging 
   - 0.5kg ekor
   - 0.5kg daging rusuk
   - 0.5kg tulang
*(1.5kg ekor + 1kg tulang = 2.5kg)
2 cawan air
4 kiub lembu
* 2 kiub
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar paprika 
* tak letak sebabb tak ada
3 sudu besar Lea and Perin
* tak letak sebab tak ada
2 helai daun salam
3 sudu besar lada hitam - tumbuk @ kisar
1.5 sudu kecil Italian herbs
1 sudu besar oregano (* Kak Monie tambah)
6 sudu kecil tomato puri
* 3 sudu kecil
= reneh 1 jam (Kak Monie PC Philip 40 minit @ mode daging)

300g kentang
* 4 biji - potong 4
= reneh 1 jam lagi (Kak Monie langkau sebab guna PC Philip)
 3 biji tomato
* 4 biji - potong 4 (PC Philip 13 minit - mode soup)
1 tin besar kacang panggang
1 tin besar kacang pis

roux: untuk pekat kuah
50g mentega + 50g tepung
* 2 sudu besar + 2 sudu besar
= masak sampai tepung kuning

1 tin besar cendawan butang - hiris nipis
1 tin besar kacang pis
= masak sekitar 5 minit

Tuesday, 5 January 2021

stew

 ihsan Gee via Nasser





Resipi

ekor lembu, betis dan tulang tengkuk
- daging jenis liat


cara penyediaan dan bahan:
minyak masak+ minyak zaiton
700g bawang holland
350g saleri
100g bawang putih
- sampai lembut
350g karot potong besar- 5-8 minit
- masukkan daging
- masukkan air 20 minit
- sisa atas rebusan buang supaya tidak keladak
4 kiub daging lembu 
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk paprika
3 sudu besar Lea and Perin
2 helao daun dalam
3 sudu besar lada hitam - tumbuk
1 sudu kecil italian herbs
6 sudu kecil tomato puri
- reneh 1 jam
- keluarkan sedikit karot

300g kentang
1 tin cendawan butang
reneh 1 jam
1 tin bake beans
masukkan balik karot
3 tomato - potong 4
1 tin kacang peas
 
pekatkan kuah (roux):
50g mentega
50g tepung gandum
- masak kuning pucat
2 sudu besar campuran mentega
reneh 5 minit lagi