Friday, 26 September 2014

macam mana ek?

... sedang mencari label yang sesuai untuk entri (ni kes nak cerita mengenai lawatan Kak Monie). Nak dilabelkan LawatanJalan-Jalan @ Ziarah seperti ada sedikit persamaan dan perbezaan pula. Jadi Kak Monie bezakan cara sendirilah. 

Lawatan kunjungan ke sesuatu tempat (pemandangan) @ bangunan (makluk tak bernyawa) yang melibatkan perbuatan berada di sesuatu tempat sambil atau meninjau dan meneliti malah membaca benda yang dipaparkan.

Jalan-Jalan berada sekadar lalu dan lihat sahaja manakala;

Ziarah pergi mengunjungi atau datang kepada seseorang.

Ada beza tak?

Sunday, 21 September 2014

lawatan ke Turki - 1995

Bermulalah Kak Monie bercerita...

Ketika membelek gambar dalam album baru-baru ini Kak Monie terjumpa gambar ketika di Istanbul November 1995 (twin pun belum lahir).

Rasa nak tulis entri tentang tempat-tempat yang pernah Kak Monie lawati di luar negara tetapi tak banyak mana pun. Juga tentang lawatan di dalam negeri mengikut gambar yang ada dalam simpanan. Jadi lepas ni Kak Monie akan cerita serba sedikit tentang tempat berkenaan dan kebanyakan dah lama, jadi sekadar yang teringat sahajalah.

Niat untuk mengerjakan umrah ke Mekah dan ziarah di Madinah tetapi transit di Turki kerana menggunakan Turkish Air. Merasalah melawat beberapa tempat di sekitar Istanbul yang terletak benua Eropah dan juga bandar di benua Asia dengan menyeberangi Laut Marmara. Turki ini terletak di dua benua dan salah satu bandar di benua Eropah ialah Istanbul  dan banyak bandar lain seperti Bursa, Ankara, Capadosia, Izmir, Pamukkale dll terletak  di benua Asia.

Orang di Istanbul sangat cantik dan bergaya dan ketika itu hampir boleh dikatakan  sukar untuk berjumpa wanita yang bertudung. Populasi penduduk Istanbul sekitar 14 juta orang dan boleh dilihat kesibukkan penduduk di bandar tersebut. Ketika kami di sana terdapat perlawanan akhir bola sepak peringkat negara mereka - entah siapa yang menang tetapi malam tu memang meriahlah seperti bunga api, membunyikan hon kereta, muka diconteng dan sepanduk yang dibawa dengan kereta, van dan lori sebab pasukan pilihan mereka menjadi juara. Baru peringkat dalaman kalau negara Turki yang menang di peringkat antarabangsa entah lagi gamat!

Tempat yang kami lawati di sebelah benua Eropah - Istana Topkapi, Masjid Biru, Istana Musim Panas - Dolmabahce Palace, Hagia Sopia - St Sophia, Grand Bazaar, Bazar Rempah - Spice Bazaar, Muzium asalnya rumah milik bangsawan (tak ingat nama), kedai barangan kulit dan bersiar dengan feri besar sepanjang Selat Bosforus. Di benua Asia kami  dibawa ke Bursa ke kawasan yang banyak makam, ladang pokok zaitun dan sempat bermain salji.

Ketika itu rasanya belum ada lagi yang menggunakan kamera digital. Rata-rata masih guna kamera filem. Ambil gambar pun berjimat kerana filem perlu dicuci dan perlu dibeli. Di tempat orang kita tak tahu kedai menjual filem yang murah - apalagi bawa bekal banyak-banyak dan kadang-kadang ramai pula yang minta beli atau pinjam.  

JOM LAYAN

Di hadapan Istana Topkapi dan di dalamnya dibenarkan untuk mengambil gambar tetapi gambar yang Kak Monie ambil kurang memuaskan kerana penataran cahaya yang kurang sikit. Lagipun ketika itu hujan baru reda dan cuaca agak gelap. Teringat drama Rindu Kamu 200%, pasangan tu cuma bercerita di luar Topkapi tentang barang-barang yang terdapat di dalamnya, Agaknya tidak dibernarkan buat penggambaran kut tetapi dalam Blue Mosque mereka solat berjamaah.


di dalam kawasan Topkapi


Di hadapan kedai menjual barang kulit, Kak Monie sempat bergambar dengan kereta tolak dan membeli roti  2 biji 1 USD.


Di dalam kedai menjual kilim (sejenis kraftangan tradisional saperti karpet yang disulam tangan). Penjual beri percuma sehelai kilim dan Kak Monie telah bingkaikannya.


kedai cenderamata


Karpet ayat Kursi RM10,000 


Jambatan gantung merentangi Selat Bosforus


 Puncak bukit Camlica - boleh melihat hampir sebahagian besar bandar Istanbul


Dalam kapal meredah Laut Marmara untuk ke benua Asia - nampak panas tetapi udara terlampau sejuk dan muka terasa kebas - 1 Celcius


di benua Asia



sempat bermain salji tapi takut pakaian kotor


Apa ada dalam Topkapi? Ini gambar yang Kak Monie imbas daripada poskad kerana gambar yang Kak Monie ambil kurang memuaskan.

 berlian Kasikci 86 karat lebih kurang saiz poskad


teko emas, kristal dan permata


bekas air emas, kristal dan permata


kotak muzik  emas kurun ke-17 


mangkuk daripada emas dan berlian


kerusi emas, permata dan mutiara hadiah daripada Nadir Shah, India kepada Sultan Mahmud


singgahsana di kawasan larangan "harem"


kawasan larangan hiasan gambar bunga dan buah-buahan


set minuman daripada emas Sultan Abdul Aziz


hiasan sebutir mutiara yang diukir seperti lelaki menghisap syisya


singgahsana daripada emas dan zamrud


buai emas Sultan Ahmed 1


Apa ada dalam Hagia Sopia @ St. Sophia? Hagia Sopia dibina pada kurun ke-5 - bangunan yang besar dan tinggi telah dibina dengan teknologi yang canggih ketika itu. Terdapat lukisan pada bumbung/syiling yang sangat tinggi. 

Kalau tak silap pembacaan Kak Monie ia pernah dijadikan gereja kemudian ditukar menjadi masjid, gereja, masjid dan sekarang muzium. Cuba goggle (nanti Kak Monie buat carian lagi). Kak Monie sempat solat di ruang yang disediakan tetapi ketika itu baru sahaja hujan reda/seriyat dan untuk mengambil wuduk seperti pegang ais batu dan tangan terus kebas.


ruang dalam


 lukisan di dinding


Ini pula tentang Blue Mosque atau Masjid Biru. Masjid yang cantik dengan seni bina Islam yang sangat unik keran mempunya enam menara dan jubin  pada dindingnya berwarna biru. Kalau tak silap ianya dibina untuk setanding dengan Hagia Sopia. Baca SINI untuk keterangan lebih lanjut.

Blue Mosque


di dalamnya - kubah


 bumbung/syiling/kubah yang sangat tinggi


Blue Mosque & Hippodrom


Hippodrom, Blue Mosque & St Sophia semuanya berdekatan


Grand Bazaar terdpat lebih 4,000 kedai


kapal atau feri? Untuk bersiar di Selat Bosforus


Dolmabahce Palace - Istana Musim Panas, di sini tidak dibenar untuk mengambil gambar. Hiasan dalamannya tersangat cantik. Terdapat lukisan Pablo Picaso pada kebanyakan siling di dalam bilik di istana ini.


Hotel Acacia



Hotel Yigitalp



Hemmm - panjang juga jadinya!

***Anekdot
Lawatan  pada November 1995.

puding oreo




Penyebab utama cubaan membuat puding ni kerana Cikgu Na beritahu puding ni tersangat-sangat lah sedap. Kak Monie pun cuba buat! Terdapat banyak resipi ni di internet tetapi Kak Monie derhaka sikit bila buat kali ke-2 dan ke-3.


pertama kali cuba


ke-2


 ke-3


Resipi:
1 pek agar-agar tali
1400 ml air
1 pek oreo krim coklat
1 tin susu cair
gula
milo + air panas
garam

- rendam agar-agar dan masak dengan iar
- bila dah larut masuk gula dan rasa secukup manis (guna 3 senduk)
- masuk susu cair dan garam
- ambil 3 mug dan campur dengan milo
- tuang cecair milo dan keraskan
- cecair yang berbaki masukkan ke atas agar-agar yang telah keras tagi
- patahkan oreo dan tabur di atasnya - jika adunan masih panas oreo akan tenggelam - hasil try and error. Tunggu agak sejuk sedikit baru tabur biskut.
- keraskan baru dimakan.

***Anekdot Versi derhaka. 

Kak Monie pertama kali buat ikut betul-betul sukatan air seperti yang dilabelkan pada pembungkus agar-agar. Kak Monie kurangkan air rebusan sebab tolak kiraan susu cair. Al-maklum Kak Monie memang tak minat agar-agar sebab tu tak suka buat dan hasilnya agak keras tetapi mudah diangkat dan dipegang. Resipi seterusnya Kak Monie masak dengan sukatan air seperti dilabel dan susu cair dicampur satu tin. Hasilnya lebih lembut.

Kak Monie guna Milo pek 500 gm dan buat 2 kali kalu ikut sukatan 3/4 - 1 cawan. Main agak-agak je. Biskut pula guna biskut krim coklat, kali ke-2 guna krim putih biasa tu. Lebih sedap dengan krim coklat - sebenarnya pakai ambil je tak baca label - baru tau ada banyak perasa, strawberi pun ada.

Buat kali pertama jadikan 2 bekas sebab nampak banyak. Kali ke-2 lambak je dalam satu bekas, teballah pula. Kali ke-3 buat bekas lebar dan guna 2 pek biskut oreo sebab tang oreo tu yang membuatkan puding ni sedap.

Kali ke-2 dan ke-3 Kak Monie tambah 2 sudu makan serbuk koko Gerardelli - hem memang uphmmm!

Cubalah resipi memang sedap. Sebagai bukti masa Kak Monie bawa ke potluck, ramai yang nak tapau puding ni!

air herba

Asiah tunjukkan resipi


Resipi:

1  tin laici
2 serai - ketuk
segenggam pudina - ramas sikit
1/2 lemon - hiris nipis
1/2 botol soda
sirap/air gula

- campur je
- sedap!!!

***Anekdot
Nama air ini Kak Monie terdengar macam tu le tetapi betul tau tak tak pasti ye. Kalau bukan ini namanya kira Kak Monie perkenalkanlah ye... he he he.


bakso

Pertama kali Kak Monie makan nun di Jakarta, Indonesia tahun 2000. Masa tu tak berapa pandai makan - tak habis dan kakak kepada Ida tolong habiskan. Bila berbual dengan Dasini (pembantu yang tolong kemas rumah seminggu sekali) dia beritahu bakso ada dijual di pasar malam sekitar kawasan tempat tinggalnya.

Kak Monie kirim beliau belikan dan tolong ajarkan cara sebenar orang seberang sediakan bakso ni. Kut le lebih sedap!

ihsan Dasini






RESIPI BAKSO

asesori:
suun/tanghun
   - rendam 5 minit
   - tos
   - gunting pendek-pendek
daun sup
bawang goreng
cili padi tumbuk + kicap

kuah:
2 pek bakso (1 pek RM5.00)
tulang lembu
bawang merah dan putih
jintan putih
lada sulah

- rebus tulang sampai daging lembut.
- tumis bawang
- masuk lada putih dan jintan putih
- masuk tulang

persembahan:


Letak suun dalam mangkuk dan curah kuah ketika masih panas-panas dan suun akan lembut dengan sendiri. Tabur aksesori lain.


*** Anekdot

Dasini ni sangat teliti - dia tapis semua sampah-sarap baru dia masukkan sup tulang. "Biar nampak cantek, tiada keladak dan bersih gitu ye Ibu Mohaini." 


Tak kuasa Kak Monie nak tapis-tapis bagai ni... nak ngap je pun, sampahnya hanya bawang. Entah le depa ni rajin sungguh.


Dah tu apa kata hati Kak Monie - sedap ke? TAK JUGA!


Memang bukan resipi yang akan dicuba lagi (ni kali kedua mencuba). Selepas Dasini balik Kak Monie pun derhaka pada resipi ni - kut le boleh bagi UP sikit rasanya. Kak Monie tambah 1 sudu makan sos tiram, 1 biji tomato buah dan perah 1 biji limau  nipis - he he he dan makan dengan kuetiau. Bolehlah untuk dihabiskan seperiuk bak.

Bagi Kak Monie ada macam bau darah lembu - tu yang kureeeng sikit!

miang kham ke Jalan Gasing

... buat sempena rewang di rumah Salbiah sehari sebelum majlis perkahwinan anak perempuannya. Ramai juga kawan-kawan yang belum pernah merasainya.

Mula-mula diperkenalkan nampak memek muka mereka tak keharuan gitu - pas tu dah tak tau berhenti!