Tuesday, 28 February 2017

Nages

wake up... love you



zaman sekolah


 melawat Nages 25 Feb


 melawat Nages 26 Feb



***Anekdot
Nages masih tidak sedar sejak Jumaat pukul 2.30 petang dan masih dirawat di Hospital Prince Court - punca? Doktor pun tidak pasti, masuk hospital hanya kerana demam... hu hu hu


pemberian

 Nages - oleh-oleh India





Wan - asam jawa & emping


Sally - limau dan tepung


K. Som - oleh-oleh Mekah


peknga Nages belanja




Monday, 20 February 2017

semangat membeli

...tak tau kenapa! Semangat membeli tinggi seminggu dua ni... layan je le sebab tak dak citer nak citer 

penapis air Shaklee

Dah lama tinjau penapis air, banyak di pasaran dan harga ribu riban. Banyak yang menawarkan harga sewa beli dengan servis percuma. Kak Monie suka sangat yang ini sebab boleh bawa ke mana-mana. 

Insya Allah raya tahun ini tak perlu beli air mineral berbotol-botol atau ambil dari rumah saudara mara yang mempunyai air tapis. Sesiapa nak beli produk Shaklee guna id kak ye... atau jadi downline kak

 ID SHAKLEE - 1251880 MOHAINI MOHD SAFFAR


 pengekstrak jus

Heeemmm baik menyesal beli daripada menyesal tak beli he he he. Cadangan Kak Monie untuk membuat air nanas + lobak puith + buah keras konon petua untuk asid urik tinggi dan petua kolestrol tinggi iaitu serba secawan air lemon, halia, bawang putih, cuka epal dan madu. Nasib baik belum beli bahan sebab Kak Monie tak tau cara buka, pasang dan untuk membasuh/membersih peralatan ni he he he... (nasib boleh terfikir). Buat masa ni jadi gajah putih dulu ye atas rak dan perlu ke kedai untuk bertanya cara buka dan pasang.




acuan pankek 
(peknga sedap sikit)

...kut nanti jadi buat  pankek Kak Monie layoq ye... he he he


pembakar roti

...kut mata boleh bertukar menjadi biru selepas makan roti bakar he he he


Sue Kuching... sila jeles he he he...


Friday, 10 February 2017

sambal belacan 1

... cuba jangan tak cuba, memang tak menyesal


ramai sedekah cili


batu tumbuk besar sangat sesuai sebab tak mercik dan terjun dari batu


Resipi

21 cili padi/akar
3 sudu kfc garam halus
3 sudu makan (bumbun) gula
belacan (besar ibu jari)
jus limau kasturi (2 biji)

- tumbuk semua kecuali jus

sambal belacan 2







Resipi

2 genggam cili padi/akar
4 cili merah
belacan (banyak... sekitar 1/2  saiz yang berharga rm3.00)
2 sudu kecil garam
5 biji limau kasturi (jus dan kulit potong 4)


- tumbuk semua kecuali limau
- campur jus dan kulit limau

sambal belacan 3

... sesuai untuk buah-buahan



Resipi

cili padi - potong
gula
belacan
garam

- gaul