Saturday, 29 February 2020

bekal berenang

... entah berapa kalori yang terbakar dan berapa kalori yang menyelinap masuk. Kak Monie terlajak rajin untuk menggoreng mi sanggul subuh-subuh sepeii. Kak Monie buat 3 pek sebab itu sahaja yang tinggal. Malam sebelumnya dah tanya anak-anak tetapi seorang pun tak mau kecuali first son minta simpankan untuknya malam nanti. Kak Monie bekalkan seorang 2 pek kepada rakan renang (cewah rakan renang - mereka berdua ini pandai berenang, Kak Monie masih keras kaku - setakat cara katak lepas le, back stroke ke, front stroke ke apa-apa stroke ke hampehhh)



sebelanga




Friday, 28 February 2020

persaraan Mohd Sham

.. pada  Mac 2020,  beliau mengadakan majlis ini pada 27 Februari 2020 untuk kawan-kawan. Terima kasih Sham menjemput saya ke majlis berkenaan. Datang ke pejabat setelah hampir sebulan bercuti prapencen. Istimewanya Mohd Sham ni ialah kerana Kak Monie menggelarnya BOY FRIEND TAK JADI!









sedap makanan yang disajikan dan harga sangat diluar dugaan, mungkin katerer ini kenalan baik beliau - ayam merah, daging hitam, dalca, air asam kerisik, kambing masala (agaknya), buah, cendol, kambing panggang, apam balik, kiuh-muih dan teh tarik yang sedap




bawa pulut dan kek


...untuk kawan-kawan 








pulut noxxa

...lagi dan masih tidak puas hati sebab berkerak, walaupun keraknya sedap


Reispi
1 kg & 7 cawan pulut
4.5 cawan air
 **mungkin kurang air
4 sudu kfc gula
5 sudu kfc garam
1/2 kotak santan 200m
1 cawan air panas

- LP5
- masukkan santan
- STEAM 3

kek merah

...terlajak sedap, sebab nak bagi orang memang jadi sedap - selalulah bersedekah supaya makanan bertambah sedap. Anak-anak nampak Kak Monie bakar kek terus tanya - "Untuk kami ada tak?", nanti tembam mama juga yang bersalah, serius kek ni tak sampai 24 jam dah selesai.







Resipi
250g mentega
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
2 susu kfc baking powder
5 telur
3 sudu besar Sunquick
5 telur
- krim mentaga dan gula
- masukkan telur sebiji-sebiji
- masukkan Sunqick
- masukkan tepunh yang diayak dengan baking powder
- bakar 170 selama 40 minit



Tuesday, 25 February 2020

pemberian

kek buah - Bibah



troli

... misi mencari troli untuk menempatkan air tapis yang sudah lebih 6 bulan di atas kerusi - terima kasih petugas yang menghantarkan gambar troli yang sangat bersesuaian dengan model air tapis di rumah Kak Monie - cuma nanti letakkan air tapis di atas para paling atas, tidak perlu menyahkan tingkat paling atas sebab perlukan ketinggiannya


aktiviti prapencen

 ... rasa tak ada masa untuk pening kepala he he he. Macam-macam yang Kak Monie buat sebab kawan yang sama sekepala pun dah pencen pada 15 Feb 2020. Sebelum ini rasa moyok, sayu, sedih sebab tak tahu nak buat apa. Selepas 15 Februari memang rasa seronok walaupun tak buat apa-apa he he he. Mungkin dah ada geng untuk beraktiviti - kami bersarapan di Lavein, merarau di medan selera dan minum petang di Diva, makan aiskrim, misi mencari cucur petang, membeli kain untuk baju raya di Jakel, membeli belah di Melawati Mall, Aeon Big. Isy, isy, isy banyak pula aktiviti orang prapencen ni - nanti orang prapencen boleh sambung lagi citer bila dia benar-benar pencen... Heaven!

sarapan di Lavein ambil rai rakan dari Kelantan




... beriadah di Seri Reana





... makan aiskrim BR, makan rojak di Setiawangsa




... shopping Jakel, Medi Feet, Scholl, Opal, Jaya Jasco, Melawati Mall, Aeon Big, AAA Farmasi





sup kaki Noxxa

...kaki ayam le bukan kaki orang


Resipi
25 pasang kaki = 50 kaki
5 sudu besar rempah sup
4 sekawan
3 biji bawang besar - kisar
2 inci halia - ketuk
air
garam
minyak

- Stir Fry bawang kisar
- masukkan rempah sup yang dibancuh dengan air (banyak)
- masak sehingga garing
- masukkan kaki ayam
- HP20



Thursday, 20 February 2020

kerabu belimbing

ihsan Gee

Resipi
belimbing buluh
ikan bilis
udang kering
cili merah
daun ketumbar
serai
bawang merah
sos ikan
gula perang
garam

kenuri berhidang

... di Seremban - lama tak makan kenuri berhidang seperti ini




sebelum itu hadir kenuri di UTM


murtabak cheese

... di Diva, Setiawangsa


majlis Persaraan Jiah

...pada 14 Februari 2020