...
Friday, 15 August 2014
rumah jiran
... dimasuki pencuri malam minggu lepas ketika mereka sekeluarga ke Shah Alam untuk beraya. Barang yang hilang laptop berkerja jiran saya tetapi tiga laptop anak-anaknya tidak diambil, kamera DSLR dan duit raya (banyak jugalah duit raya anak-anaknya seramai 5 orang). Anak ke-2 sahaja RM600, ke-3 dan ke-4 dah balik asrama tetapi duit tinggal (mungkin lebih kurang seperti jumlah anak ke-2). Anak ke-5 ada RM1000 lebih yang diletakkan dalam polisterin makanan tak terusik - Alhamdulillah.
pecahkan gril tingkap dapur, tingkapnya jenis gelongsor
5 bilik ditunggang terbalikkan
bilik tetamu ni paling teruk
buah jentik
... entah tempat lain pangil apa. Kalau masih segar jentik sahaja buah ni dan kulitnya akan pecah seperti kelopak. Pokoknya jenis besar seperti pokok rambai dan rasanya Kak Monie panggil hayai... Mungkin buah ni hanya ada di Kedah dan kawasan sebelah utara semenanjung.
Gambar ehsan Goggle Images
Wednesday, 13 August 2014
permintaan twin
... esok mereka sampai dari Yaman. Beberapa kali twin pesan nak makan karipap Giant dengan sos thai. Mama pun gagah juga buat 17 biji tetapi abang dan kakak dah ngap tiga biji.
rumah terbuka pertama
... di KL. Beriya-riya tuan rumah ajak, Kak Monie pergi selepas waktu pejabat sehingga 11.00 malam. Kalau anak dara Kak Monie tentu dah kena marah, he he he
pes lauk-pauk dan santan
... semalam kawan yang mengusahakan makanan beruoa pes segera yang sedap dan yang paling penting mudah. Jimat masa, jimat sampah-sarap, jimat ruang peti sejuk dan paling penting tak ada berbaki bahan yang perlu disimpan. Juga kelapa yang lemak, tahan lama dan sedap untuk lauk-pauk dan kuih-muih.
Semuanya ada tujuh jenis masakan dan satu santan. Gulai kawah, rendang, asam tumis, kurma ... lain tak ingat.
Hidangan gulai kawah, rendang, ketupat, lontong, nasi himpit, kuah kacang dan roti jala.
Kerepek ketam - isterinya jual RM15.00 balang sederhana dan RM10 balang kecil
Subscribe to:
Posts (Atom)








