Sunday, 12 October 2014

mi kolok

... kalau ke Sarawak perlu rasa mi ni. Tekstur mi seperti mi maggi dan kuah rasa kicap. minyak bijan dan sup daging/tulang. 

Resipi sebenar Kak Monie tak tahu tapi kalau buat carian resipi ni tentu banyak di Internet cumanya Kak Monie tak pula beli mi kolok kering ni - klu tak boleh cuba

Apa rasa? KICAP!



***Anekdot
Kalau orang Sarawak makan mi kolok ni - makan mi kemudian hirup kuah. Orang Semenanjung pula menuangkan semua kuah dalam mangkuk mi he he he. Makanlah bagaimana cara sekalipun sebab tak ada undang-undang makan.

sambal kicap vs pisang goreng

Zaman anak dara Kak Monie pernah merasai makanan ni sebab 'housemate' orang Jawa Johor. Hampir 30 tahun tak merasainya sehinggalah ke Sarawak baru dapat menikmati semula makanan ni sebab Kak Monie ke rumah orang Jawa Johor juga. Terima kasih Suhana kerana menjamu makanan ini - ye le Wan Saophy yang belikan pisang goreng tetapi Sue yang menyambalkannnya.


Resipi:
segenggam cili padi
(ikut genggam masing-masing)
1 ulas bawang putih
1 - 2 sudu makan gula 
kicap
- tumbuk cili, bawang dan gula
- masuk dalam bekas
- campur kicap

*** Anekdot
Bawang putih untuk hilang rasa pijar. Tumbuk cili dan gula supaya tak percik air cili masuk ka dalam mata he  he he - puan resipi harap maklum

Tuesday, 7 October 2014

sate daging

... Kak Monie buat seminggu sebelum hari raya korban dan simpan dalam 'freezer'.

digoreng garing


digoreng sederhana garing


sebelum digoreng


Resipi

2 kg daging
10 serai
2 bawang besar
5 bawang putih
lengkuas
halia
2 sudu makan serbuk ketumbar/rempah
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
21 sudu makan gula
1 ketul besar gula kabung - racik
segenggam asam jawa
- kisar bahan yang boleh dikisar sehingga halus dengan sedikit air
- gaul dan perap selama 2 jam
- bungkus dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk berku @ 'freezer'
- alihkan semalaman di bahagian sejuk biasa dalam peti sejuk
- keluarkan dari peti sejuk kira-kira 3 jam sebelum digoreng

Cara memasak:
Goreng di dalam minyak penuh.

***Anekdot
Kak Monie bahagikan 2 kg menjadi 3 bahagian supaya mudah untuk dimasak beberapa kali. Lain kali Kak Monie akan lebihkan lagi manisnya - ye le orangnya memang manis.... gitu he he he.


udang masala

... masak la ke, masak lani ke, masak tadi ke, masak semalam ke, masak kelmarin ke, masak kemarin dulu ke, masak lusa ke, masak tulat ke... ikut je le dah nama dia lagu tu!

 Resipi:
1 kg udang
1 bawang besar
5 ulas bawang putih
3 pelepah karipole
2 biji tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 biji perahan lemon
1 cawan yogurt

- tumis bawang & daun karipole
- masuk semua serbuk
- masuk air biar mendidih
- masuk udang dan tomato
- masuk yogurt

ketupat palas

hemmm orang Kedah tentunya ketupat palas menjadi pilihan

 buka daun


tanak pulut


 balut pulut



Kak Monie paling suka makan dengan susu pekat
 orang manis tentu nak yang manis he he he


Resipi:
1 kg pulut
2 biji kepala (ambil santan)
garam

sukatan:
pulut disukat menggunakan cawan
santan juga menggunakan ukuran yang sama
contoh - 3 cawan pulut, 3 cawan santan

Masak santan sehingga agak mendidih
Masukkan pulut
Masak hingga pulut separuh masak (untuk ketupat direbus) atau
Masak hingga pulut betul-betul masak(untuk ketupat dikukus)
Bungkus di dalam daun palas.

***Anekdot
Kak Monie suka ketupat dikukus sebab tak padat sangat dan putih bersih, daunpun tak layu. Separuh sahaja Kak Monie kukus, separuh lagi disimpan dalam 'freezer' - nanti nak makan rehatkan 1 jam baru dikukus.


first twin masak

... scrambler eggs - boleh tahan tetapi tak tahu apa resipinya, yang pasti telur 4 biji


rendang buah perah

agak-agak je le  dan hentam je..



Resipi:
1/2 kg buah perah
-direbus, dibuang kulit keras dan kulit selaput
2 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
7 biji cili padi
1 biji tomato - potong wages
garam
gula

Kisar semua kucuali buah perah dan tomato.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masuk buah perah.
Akhir masuk tomato.
Rasa garam dan gula.