Saturday, 3 January 2015

ikan kuah minyak

... resipi twin dan mereka menyiang dan memasak ikan siakap ni. Bulan ini ikan siakap hanya RM5.75 seekor di pasar raya. Pilih je saiz manapun tetapi saiz semua hampir sama. Apapun thumbs-up untuk resipi mereka yang diperoleh daripada Abang BOB.

memang sedap!


tabur bawang dan cili padi


tuang minyak panas


Resipi:

ikan siakap
bawang putih - cincang kasar
cili padi - potong
seasoning Maggi
minyak

- goreng ikan
- angkat dan letak dalam bekas
- tabur bawang putih dan cili
- letak seasoning
- curah minyak panas bekas goreng ikan tadi

sotong tauhu telur

... masak kicap, layan gambar dulu



Resipi:

500 gm sotong basah
2 tiub tauhu telur
1 labu bawang putih
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kisar
daun sup
minyak, air dan garam

- potong tauhu telur dan goreng kekuningan
- guna baki minyak goreng tauhu
- tumis bawang putih
- masuk cili kisar
- masuk sotong dan sedikit air
- masuk semua cecair
- akhir masuk tauhu
- perasakan

layan twin

... masak juga tetapi yang biasa-biasa tiada yang baharu; cuti tiada ke mana-mana kerana first girl final exam

piza individual pack









karipap gergasi dua kali buat - 64 biji



mi udang





nasi mandy






lagsana






pek untuk geng tuisyen


bawa anak jalan

... KLIA 2, KLCC







petua tahi lalat

Sehelai jubah twin yang sangat `teruk` atau `teruk giler` he he he. Twin bawa balik dengan wajah yang  takut sebab mungkin mama akan marah sebab jubah ni agak mahal dan juga agak baharu.

"Masih boleh selamat?" Kak Monie senyum je.
"Boleh".  Kak Monie beritahu caranya.
"Tak reput ke?" tanya lagi. Jawab Kak Monie...
"Kalau nak pakai pun tak boleh, baik buat cara ni, kurang-kurang boleh pakai setahun dua lagi" (dalam hati dapat pakai enam bulan pun kira sudah sangat baik).

Caranya
Guna sebotol clorox dan rendam jubah berkenaan tanpa campuran air. Rendam dan balik-balikan (Kak Monie balut tangan dengan plastik) kira-kira lima minit sahaja. Ketika ini tanda tahi lalat sudah hilang, lenyap dan jubah kelihatan sangat putih. Rendam dalam air biasa agak 10 minit untuk memastikan clorox tidak melekat pada pakaian. Bilas lagi dan sidai, Belanja RM2.30 je!

sayang tak ambil gambar sebelum


Disember sibuk

... sibuk sikit je



Pemburu Mimpi

... karya Saleha Hussin telah Kak Monie baca dalam masa empat hari. Jalan cerita yang sangat menarik kerana tiada watak hero atau heroin. Tebal sungguh!


Terdapat dialek Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan - yang menarik mereka menyewa di TAMAN PERMATA!