Sunday, 8 February 2015

Musabaqah Hafazan

Entri yang tertinggal - Majlis Penyampaian Hadiah Musabaqah Hafazan Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 6 Februari 2015 (Jumaat). Acara pertandingan berlangsung dari 3-5 Februari 2015 untuk tiga kategori iaitu 1-30,  1-20 dan 1-10 juzuk.

Second twin menyertainya, hemmm dan tapi tidak mendapat sebarang tempat. Walau bagaimanapun, tahniah second twin kerana beroleh pengalaman dalam pertandingan peringkat negeri. Insya Allah tahun hadapan cuba lagi.





hemsem dengan sut baju Melayu hijau epal


sapa lagi nak puji kalau bukan mama dia
  he he he


TAHNIAH - kemenangan dalam keluarga




second girl - tahun depan masuk ye!



***Anekdot
Seramai 23 peserta mendapat markah melebihi 90% dan layak menerima insentif RM100 sebulan selama enam bulan.

Johan 1-30 dan 1-20 bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan mendapat hadiah pakej umrah. Seramai 43 dari sembilan daerah dalam negeri Selangor mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 27 peserta lelaki dan 16 peserta perempuan.

Johan lelaki kategori 1-30 juzuk memperoleh 97.35% manakala perempuan memperoleh 95.3%, Masya Allah.


Kpg. Orang Asli Donglai Baru

Kampung ini terletak dalam daerah Hulu Langat dan jarak dari Zoo Negara (sekitar rumah Kak Monie le ni) kira-kira 37 km melalui Bukit Belacan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Kak Monie ikut jemaah Perkim Cawangan Batu Muda ke sini untuk gotong-royong membersihkan surau. Rancangan asal untuk mengajar penduduk di sini cara solat tetapi ramai yang keluar menangkap ikan. Hanya tiga orang wanita termasuk isteri tok batin yang sama-sama membersihkan surau, dewan, ruang dapur dan sekelilingnya. Kanak-kanak ramai yang datang tetapi yang berumur sekitar 9-10 tahun ke bawah. Kak Monie nampak 4-5 orang anak dara tetapi dari jarak jauh.

Terdapat suku kaum Temuan yang tinggal di sini. Kak Monie berbahasa dengan mereka dalam bahasa Melayu. Mereka telah mengikuti persekolahan walaupun sehingga darjah enam; dalam kalangan kanak-kanak kedengaran mereka menggunakan bahasa mereka sendiri. Sekadar menanyakan angka 1-10 sebutannya sama seperti sebutan bahasa Melayu hanya penambahan huruf  'k' diakhir contoh, satuk, duak, tigak dsb.

Insya Allah 8 Mac depan Kak Monie ke sana lagi tetapi acara akan dibuat pada sebelah petang. Alhamdulillah hari ini dapat 15 kawan baru - tiga lagi memang telah kenal iaitu Zati kawan first girl emak (Habibah) dan abangnya. Juga empat kanak-kanak iaitu cucu Kak Habibah. Kawan baharu dalam kalangan orang asli seramai empat orang. Jumpa lagi bulan depan.


surau



perumahan




dapur




geram tak sampai - nampak comot






sekeliling surau




ruang solat wanita


ruang imam



pagar surau





setelah dibersihkan dapat duduk di atas lantai






bilik yang tak sempat dikemaskan


dibina oleh Petronita




peknga

... dah berkali-kali masak sebab teringin dan satu rumah pun dipaksa makan tetapi semua suka







laksa johor

... resipi mudah sebab bagi Kak Monie masakan ni agak cerewet sebab banyak bahan yang diperlukan dan mengambil masa yang lama untuk menyediakannya, makan jap je!




Resipi:
layan gambar dahulu

suun goreng

...


Resipi
layan gambar dahulu