...resipi Kg. Asam Jawa, Pendang
Resipi:
Nanti ye
Saturday, 17 October 2015
pucuk juaq @ joho
...resipi ni diperoleh dari Kg. Asam Jawa. Sebenarnya Kak Monie tak pernah kenal pokok dan pucuk spesies ni
Resipi:
nanti ye
petua - limau acar
...untuk mengekalkan warna hijau kulit limau - masak kulit limau bersama-sama daun jambu atau daun keduduk dan letak sebarang jenis alat daripada tembaga (kearifan Melayu)
petua - gas masak
...rendam dalam air supaya cecair gas tak beku. Ini biasanya untuk memasak dalam jumlah yang besar/banyak, kebiasaan kita masak hanya untuk seisi keluarga.
Saturday, 3 October 2015
Hari Inovasi 2015
...pada 1 Okt. 2015 tetapi Kak Monie tak dapat hadir sebab berada di Kuching, Sarawak. Baju kurung baru untuk majlis ini sudahpun dibeli (rona pink bermanik-manik, mutiara dan sekuin) tetapi tak ada rezeki untuk naik ke atas pentas auditorium. Baju tu simpan untuk raya tahun depan he he he.
...kali kedua, pertama pada tahun 2000 (selepas 15 tahun)
posing pada poster je..
jadi lah!
(pastu) tayang kat blog, ramai boleh tengok
***Anekdot
Pagi-pagi sampai pejabat tak nampak poster para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (frus menongeng-nongeng jugalah). Sekitar pukul 3.00 petang Kak Monie perlu menghantar barang ke kereta untuk di bawa ke Kuala Kangsar dan Alor Setar baru ternampak (dan terperasan - memang perasan habis-habislah he he he) poster di ruang legar (agaknya diangkut dari ruang auditorium).
Apa lagi, balik ke pejabat Kak Monie capai kamera dan telefon bimbit. Mengapa telefon bimbit??? Haah supaya gambar boleh sampai cepat kat orang kampung! Barulah posing. Ramai pula yang menawarkan diri untuk menolong Kak Monie bergambar... Kesal satu je - lupa untuk pakai baju bling, bling, bling... he he he
Sarawak
Bengkel Pelestarian Bahasa Komuniti-Komuniti Sarawak anjuran UNIMAS dengan kerjasama DBP di Hotel Hilton 27 -30 Okt. 2015.
Perjalanan pergi yang memenatkan kerana masa dan teknikal.
Masa? Penerbangan ditunda kerana tidak mendapat kebenaran lapangan terbang Kuching yang masih berjerubu dan telah ditutup sejak malam sebelumnya.
Teknikal? Mula dijadualkan berlepas melalui Pintu A10, setelah menunggu diumumkan penerbangan mungkin lewat dan kami diberikan kupon untuk sarapan yang perlu diambil di kaunter penukaran tiket sekitar Pintu A1 dan makan di restoran juga sekitar situ. Selesai makan kami bergerak semula ke Pintu A dan setelah sampai diumumkan pula tempat berlepas ditukar ke Pintu B11 - berjalan dari hujung ke hujung bangunan... mak ai!
Penerbangan dijadual 11.10 pagi, betul-betul take off 11.55 pagi. Kak Monie terlena sampai rasa puas rupanya kapal terbang belum bergerak seinci pun he he he. Sampai Kuching 1.30 tengah hari.
Perjalanan balik? Penerbangan dijadualkan pukul 11.05 pagi, kami bergerak ke lapangan terbang pukul 8.45 pagi. Sampai sahaja kami check-in sekadar teliti nombor penerbangan dan nombor tempat duduk. Sampai di Pintu 5 kami perasan kapal terbangan lain yang berada di situ. Setelah pukul 10.30 pagi tergerak untuk melihat boarding pass, rupanya penerbangan dijadual semula - nun 2.30 petang!
Kami dapatkan kupon makan tengah hari dan solat. Penerbangan berlepas pukul 2.55 petang, tiba di KLIA 4.25 petang. Sampai KL Sentral 5.30 petang dengan ert dan Kak Monie terus ke Gombak dengan lrt dan tiba pukul 6.30 petang dalam keadaan hujan yang sangat lebat. First son tak dapat ambil cepat dan ketika first son sampai jalan masuk sudah sangat sesak. Sampai rumah 7.45 malam. PENAT!
beratur ambil kupon yang panjang
beratur lagi ambil makanan
Kuching masih berjerubu
makan tengah hari terpaksa dihidang sebab bufet sudah ditutup
ayam pansoh
apam tapai
bikang
laksa Sarawak
lain kali semak betul-betul!
Tetapi kalau sudah berada di lapangan terbang apa lagi yang boleh dibuat. Kalau masih di hotel memang boleh sangat-sangat shopping atau lena/baring di atas katil empok!
Beli apa kali ni di Sarawak?
Tiga pasang kain untuk baju kurung dan semasa artikel ni dimuat naik (17 Okt.) kain sudah siap menjadi baju - RM60.00 sepasang, sekadar sehelai sahaja batik corak motif Sarawak dan dua lagi corak biasa
bakul rotan RM23.00
tabaloi, senduk untuk hadiah dan kek lapis yang dipotong sedikit seorang
Subscribe to:
Posts (Atom)





























