Sunday, 13 December 2015

Sabah - Tamparuli, Kundasang, Nabalu, Ranau, Mersilau

... kesempatan untuk melancong




Jambatan Tamparuli




Sungai Tamparuli



Daerah Nabalu



berlatar belakang Gunung Kinabalu


Pekan Nabalu








kedai cenderamata




gerai buah-buah







Buah lemak manis ni Kak Monie dah rasa tetapi tak pandai makan...


hantar kawan untuk mengambil 'nobiliser'





Ranau - air panas Poring
bayaran RM3.00











Takungan yang mempunyai empat ruang individu dan air panas serta air sejuk yang perlu diisi mengikut kesesuaian kadar kepanasan. Kak Monie tak ingat berapa jumlah takungan ini selain beberapa buah kolam sederhana dan kecil yang mempunyai tadahan air sejuk dan kebanyakannya sesuai untuk kanak-kanak. Kak Monie ambil gambar tiga kolam dan ada yang  tak diambil gambar kolam sebab terdapat 'penghuni'.




antara kolam untuk kanak-kanak





dua kolam untuk kanak-kanak



kolam dengan bayaran RM3.00 seorang dewasa



 agak luas dan terdapat gelonsor




kafe









kampung sekitar


Ranau bermaksud bendang, Kak Monie perasan banyak batas dan setelah diamati rupanya bendang ini mempunyai tanah yang tidak sekata, seperti bercerun. Jadinya perlu ada batas untuk menakung air.





Mersilau 








Desa Dairy Farm -  masuk percuma




macam berada di New Zealand










 ruang pemerahan susu 


sesi pemerahan susu 2.00 petang



berdisiplin - lembu tahu keluar masuk 


 berposing sebelum hujan


Agak-agaknya ada rupa macam di New Zealand - cewah perasan! Memang Kak Monie tak pernah sampai, tetapi ramai yang kata tempat ni ala-ala New Zealand. Nampak susu segar dan gelato pelbagai perisa - yogurt, durian, coklat dan sebagainya. Kak Monie beli gelato yogurt - memang tersangat sedap. Kerana tiada kerusi untuk makan gelato ni, Kak Monie duduk di kerusi di luar bangunan, suasana berangin tetapi tidak sejuk sebab nak hujan. Kak Monie menikmati gelato dengan aman damai tetapi... bila angin bertiup terasa makan geleto perasa TAHI LEMBU! he he he








gelato - perasa ... he he he


kemudian hujan pun turun dan Kak Monie memang dah nak beredar



sekitar perjalanan balik
singgah beli sayur dan ubi



Tempat kemalangan yang belaku 2 Dis. yang mengorbankan tiga beranak kerana mengelak daripada bas dan kereta telah terjatuh di dalam gaung, penumpang bas hanya cedera


kereta yang telah dibawa naik


balik ikut jambatan kereta merentangi Sungai Tamparuli



Singgah di rumah terbalik, rumah kelima daripada lapan buah rumah yang terdapat di seluruh dunia. Bayaran masuk RM10.00 dan tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah berkenaan. Gambar yang Kak Monie tunjuk ini sekitar luar rumah. 

Suasana di dalam rumah semua terbalik, kipas siling atas lantai, lampu atas lantai, dapur, meja makan, cawan, pinggan, sofa, tv, perabot, katil, semua atas kepala... bayangkan yang atas ke bawah, bawah ke atas ... tu je.







kuat macam Badang


terbaliklah katakan


baik-baik tercurah najis!


sebelah tangan je
 


malam makan ketam masak dengan telur masin dan susu cair


tenggiri goreng tepung dan kailan




Sabah - bengkel permurnian

... penulisan buku Inventori Bahasa Bajau dan Iranun pada 2 - 3 Disember di DBP Cawangan Sabah. Kak Monie menginap di Hotel Klagan, Kota Kinabalu berhampiran Hotel Le Meridian. Biliknya besar dan cantik - dulu dikenali sebagai nama Hotel (? - lupa he he he). Kira dekat pasar buah & ikan, pasar malam, pasar Filipin dan Center Point, tapi kali ni Kak Monie tak singgah pun pasar dan pasar Filipin... Tak dak keperluan agaknya.











pasar malam - satu pun tak beli






budak ni bawa ayam hidup dalam beg plastik


Usha &Thairu

Selamat pengantin baru - pada 22 Nov. 2015 di Dewan Marianam, KL. Majlis bermula pukul 10.00 pagi dan selesai sekitar 11.30 pagi. Jamuan diadakan sehingga pukul 4.00 petang. Pertama kali Kak Monie hadir majlis perkahwinan orang India.



mula acara untuk pengantin lelaki


diikuti oleh pengantin perempuan


berarak masuk



akhir majlis mengikat ??? tanda sah menjadi suami isteri


Masakan seperti kenuri orang Melayu, ayam masak merah, rendang kambing dengan daun limau purut, acar buah dan dalca sayur. Melepas Kak Monie nak rasa piaw kari India, rasa ladu - manis dan terasa rempah sikit, puding nasi terasa halba (ni masakan India)



atas meja - kacang, gula-gula dan ladu



ladu



koolam


gegantung


mak jemah he he he



pemberian Nov

Hairani - jeruk pelam