Monday, 16 May 2016

beli tak beli

Seseorang minta sebab nak isi buah laici (tak tau untuk apa) - masalahnya nak beli yang kecil atau yang besar. Semuanya bahan seperti plastik - Kak Monie panggil malau, orang Keyel panggil apa ye?

Sue Kuching bagi idea sat!



 yang ni memang tak!


Wednesday, 11 May 2016

maklum balas moi-moi

"...SEDAP KAKKKK"


Kata hamba Allah yang minta (paksa) Kak Monie buat atau cuba resipi moi-moi atau moin-moin ni. Aik, biar betul?


Dia hantar juga kepada rakannya yang berasal dari Nigeria dan isteri yang  berasal dari Filipina. Kata si suami yang berasal dari Nigeria - memang sedap tetapi resipi 2 yang letak susu bukan rasa moi-moi ori. Pulak!

Kak Monie berikan 3/4 masakan ini  kepada hamba Allah tu sebab isi rumah hanya cuba rasa sahaja. Mereka boleh makan resipi 2 sebab tekstur lembut. Hemmm... lain orang lain tekak!

Nak resipi SINI


Tuesday, 10 May 2016

moi-moi

...atau moin-moin. Makanan yang berasal dari Nigeria. Kak Monie diminta (dipaksa) buat sebab katanya sedap. Kacang pun dibelikan dan tiap hari hamba Allah ni akan tanya dan cuba ke belum? Dua minggu juga baru Kak Monie membuatnya sebab daripada rupa dan bahan pun rasa malas nak mencuba.

Resipi Kak Monie buat carian di internet apalagi kalau bukan Mr Goggle dan Youtube. Ni hah!

Sedap tak? 
TAK



Resipi 1


kiri - telur yang dipecah 
kanan - telur yang direbus


Resipi 1
2 cawan kacang (lupa ambik gambar)
1 cawan air
1 biji cili merah
3 cili padi
1/2 bawang besar
2 sudu makan sos tomato
1/2 kiub Knoll ayam
garam

asesori:
1 telur - rebus
1 telur


Resipi 2


Resipi 2
1 cawan kacang (lupa ambik gambar)
1/4 cawan air
1/4 cawan susu segar
5 biji cili padi
1/2 bawang besar
1/2 kiub Knoll ayam
1 sudu makan sos tomato
garam

asesori:
1 telur - rebus
1 telur

caranya:
Rendam kacang sekitar semalamam.
*Kak Monie rendam 1 1/2 hari.
Buang kulit kacang.
Kisar kacang, cili dan bawang bersama-sama cecair.
Masukkan bahan yang berbaki.
Sapu minyak pada bekas (mangkuk, loyang).
Letak telur rebus di dalam adunan atau di atas adunan.
ATAU
Pecah telur perlahan-lahan atas adunan.
Kukus sekitar 20- 30 minit.

*Ada juga yang dibakar dalam ketuhar.
*Ada yang dibungkus di dalam daun.

ikut hati

... bukan ikut iman. Beli serba sebiji kuih kerana nak merasa. Kak Monie dimaklumkan bahawa gerai ni sudah lama beroperasi tetapi tak pernah sempat beli kuih mereka kerana pukul 5.00 petang kuih dah habis.

Mereka beroperasi Isnin - Jumaat bermula 1.00 tengah hari berhadapan GIRO Taman Melawati.  Rezeki minggu ni.






paling sedap - lepat pisang

Saturday, 7 May 2016

nahas heli Sg. Batang Lupar Sarawak

... berhampiran Triso, Sebuyau. Kejadian berlaku pada hari Khamis, 5 Mei 2016 sekitar 4.15 petang melibatkan helikopter Eurocopter AS350 Ecureuil. Kak Monie mengikuti perkembangan tragedi ini kerana Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad rakan sekelas semasa di tingkatan 2 & 3 merupakan salah seorang daripada enam mangsa. 

Sehingga mendapat berita sahih baharu Kak Monie muat naik berita ini. Beliau ialah mangsa kelima yang dijumpai sekitar 6.00 petang, 7 Mei 2016.


Semoga Allah cucuri rahmat kepada roh allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.


1960 - 2016


Sunday, 1 May 2016

pulut mangga / pulut mempelam

versi first girl


versi mama dia


Mai nak habaq (lepaih ni loghat utara no!) pasai pa boleh teringin sangat nak makan pulut mempelam ni. Bulan lepas pi hantaq barang kat twin, sementara dok tunggu depa, terserempak dengan kera  dok selongkaq tong sampah, kebetulan ada kemera - teruih ambik le gambaq kera-kera ni dok makan pelam harumanis (hu hu hu). Agak Kak Monie buah terlalu masak atau buah busuk. Dalam dok perati nampak buah lagu pelam tu ranum. Banyak lagi pelam dalam tong sampah pasai tengok kera ni luloq ke gise sikit je teruih lempaq dan pi selongkaq lagi dalam plastik, nampak buah bulat elok je (hu hu hu - rasa nak pi ambik je, takut kera marah, acah je!)

Ce tengok gambaq-gambaq ni!



tengah selongkaq


sambe berpiknik


Habaq dengan twin - mama nak harumnis. Kebetulan rakan twin mai dari Pereleh juai harumanis tetapi tak seperti yang diharapkan. Twin bawa masuk dalam kereta - langsung tak ada bau. Depa kata pasai tak masak lagi. Isy, isy, isy nampak buah pun rasa pelik (mungkin spesies lagi):

1. Kemetot (mungkin cuaca panaih) 
2. Kulit warna kuning (lagu dah masak) 
3. Tak dak bau


...hari pertama


hari kedua - kuning habis 


bagi balik  - sekilo RM35
15 biji 3 kilo + kotak RM3 = RM108


Kemaren singgah kedai runcit nampak mempelam ni RM12, dua biji RM22.80, dekat nak dua kilo. Sengaja peram dalam bilik tidoq, bau sedap sungguh tetapi bukan harumanis. Apapun pekena dengan pulut dengan santan memang terangkat. Jom layan...


Habislah dietku!



besaq no!



berbaloi - misi nak cari lagi!


Resipi  SINI


masak apa?

April 2016


kari kepala ikan



peknga savoury


karipap giant


 pulut mangga / pulut mempelam


pulut sambal tumis bilis


kek batik


soto


ayam masak acuk


mi rebus


nasi moi flask
menu ni tiap Isnin dan Rabu