Thursday, 11 May 2017

pi lagi Hulu Yam

... pada cuti Hari Wesak, iaitu  10 Mei 2017 tetapi kali ini berkelah di Hutan Lipur Negeri Selangor (bayaran RM1.00 seorang) sekitar satu kilometer lagi  dari Taman Rekreasi tempat Hari Keluarga KESPA pada 6 Mei, Sabtu lepas


cantik dan bersih





tiap wakaf ada tempat memanggang


 

 







 

memang teringin roti aiskrim, bila jumpa semua nak (teringat zaman anak-anak kecil dulu mesti beli, sekarang dah tak ada yang menjaja di taman kami)





aiskrim roti

... roti belah, boh aisrim dan tambah jem anggur. Memang teringin sangat,  balik kerja terus beli barang-barang - bun beli di Hero (boleh dikatakan bunnya semua sedap) 




7 Mei

...kenuri anak Sidah di Bukit Orked, UPM


Monday, 8 May 2017

Hari Keluarga KESPA 2017

yang diadakan di Taman Rekreasi Sungai Tua, Hulu Yam pada 6 Mei 2017 (parkir RM5.00 sebuah kereta) ... lagi gambar pautan di SINI   




hadiah cabutan beruntung - semua yang hadir wajib bawa balik hadiah, besar kecil, mahal murah tak mengapa, janji dapat hadiah. Itulah azam Kak Monie


ajk hadiah - gitu leeeee






mak cik tawarkan corong


kita taja kita dapat balik he he he





panggang 10 ekor ayam yang dipotong 18 = 180 ketul, jenuh kooooo memanggang (mau sakit pinggang kalu Kak Monie yang buat)


banyak lauk-pauk sehingga Kak Monie tak terjamah


menggoreng pisang dan cok udang


ayam panggang 











staf pelatih Meija bersuamikan artis/pelakon Kamal Hafizul, adalah kehadiran seorang retis he he he


setiap staf bahagian yang berkeluarga mendapat dua hadiah (suami dan isteri), yang tidak dapat hadir juga tidak terkecuali






hadiah KESPA

... 1 tin biskut, 8 maggi, 5 tin susu sejat, 7 pek biskut, 2 pek jeli, 1 cerek elektrik, 1 kotak cereal Milo, 1 botol air, 1 Diyaa, 3 kotak air minum, 2 botol air, 1 tudung dan sepasang sudu garfu - kita buka mini market

Asal dapat bantal, biskut dan mug tetapi disebabkan Kak Monie yang taja hadiah berkenaan maka Kak Monie tukar suka sama suka dengan adik Farhan - tukar dengan bekas air tupperware dan sudu Candy Crush (hadiah cabutan bertuah/beruntung kategori kanak-kanak) yang memang Kak Monie berkenaan - Kak Monie ahli jawatankuasa hadiah he he he...

Disebabkan cabutan beruntung dapatlah Kak Monie merasa dapat hadiah - sedih... sebab banyak kali hadir majlis yang ada cabutan bertuah Kak Monie tak bertuah - sebab itulah azam Kak Monie semua yang hadir WAJIB bawa balik hadiah he he he... biar kita syok sendiri