Sunday, 23 March 2014
kek keju
... diet tau!
Resipi:
Guna resipi kek asas cuma tambah 250 gm krim keju (first girl guna Tatura).
Krim mentega, gula dan keju kemudian masuk telur, tepung kek dan esen vanila. (malas nak tulis resipi sebenarnya).
Resipi:
Guna resipi kek asas cuma tambah 250 gm krim keju (first girl guna Tatura).
Krim mentega, gula dan keju kemudian masuk telur, tepung kek dan esen vanila. (malas nak tulis resipi sebenarnya).
Tuesday, 18 March 2014
cuti awal
Twin diminta bercuti awal iaitu Selasa-Khamis je dan balik rumah pukul 12.30 tengah malam semalam. Sepatutnya mereka bercuti 26-30 ni tetapi telah diminta untuk ke MANTIN Perlis bersama lapan orang pelajar lain untuk mengikuti daurah kitab hadis Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah. Kalau ikut cuti yang sepatutnya dapat juga bercuti dengan first girl. Mama depa cuti kecemasan hari ini sahaja sebab tidak ada aktiviti penting di pejabat.
Tak ke mana pun - buat cermin mata first twin dan mama dia pun tersangkut sama, tak pasai-pasai je kocek nak mengalir. Masak? Mereka cuma nak kentang goreng... kan senang!.. Permintaan lain nak makan di Saba esok dengan rakan-rakan yang terpaksa bercuti sewaktu dengan mereka. Sekejap sangat cuti.
Hem dengar cerita first twin (dia rajin cerita yang pelik-pelik dan yang kurang berkenaan he he he).
"Malas kadang nak layan mak cik-mak cik", nampak muka serius.
Mama terus terjah "Ada yang nak buat menantu ke?"
"Heh macam mana mama tau?" dia tanya balik.
He he he ni mama kau orang le... "Lain kali jawab - kawin kena duit tak?"

Saturday, 15 March 2014
macam-macam hari ni
Pertama - siaran langsung ucapan PM mengenai MH370, adalah sedikit perkembangan terbaru : DIRAMPAS?
Kedua - Alhamdulillah hujan turun dengan lebatnya sekitar 5.30 petang tadi dan daripada rakan FB ramai memuat naik berita hujan lebat di Ganu, Kedah, Perlis & Johor. Insya Allah satu Malaysia hujan hendaknya.
Ketiga - sahabat datang untuk mengundang kami sekeluarga ke walimatul urus anaknya, sambil memberikan kami sedikit tazkirah yang sangat berguna: ye le kita perlu ingat mengingati walaupun pada perkara yang kecil. Ni bab mengahwinkan anak (tak kecil ni!) - terkedu sebentar sebab belum terfikir tentang anak-anak sendiri. Apa pun perlu diberikan perhatian mengenai calon menantu terutama calon menantu lelaki. Baru minggu lepas twin ajukan cadangan agar Kak Monie mula fikirkan menantu untuk my girls or their sisters. Entah apa dalam kepala mereka (budak-budak ni la!). Kak Monie sebenarnya risau akan first son kalau dia nak kahwin - sebab bersediakah dia untuk menjadi imam kepada keluarganya nanti? Haisyy - jauhnya mengelamun!
Satu lagi peringatan yang disampaikan beliau - kisah kematian. Biasa kita dengar cerita ni tetapi cara penyampaian beliau memang sampai di hati. Sengaja Kak Monie nak share - sebagai peringatan juga la! Kisah si alim yang melalui kubur lalu beliau mendengar perbualan ahli kubur. Penghuni kubur pertama tak sabar nak kiamat terjadi kerana beliau telah melihat syurga dan tak sabar nak menjadi penghuninya. Manakala penghuni kubur kedua sangat berharap kiamat lambat lagi kerana telah melihat neraka yang menggerunkan. Lalu si alim bertanya kepada penghuni kubur kedua jika diberikan kembali ke dunia apa yang akan dia lakukan? Jawabnya "Aku ingin menunaikan solat dua rakaat". Hairan tak? Ini menunjukkan bahawa amalan sunat yang menjadi pembeza kita sebagai hamba-Nya. Amalan fardu semua hamba-Nya diperintah melakukannya dan kalau tak tunaikan mendapat dosa tetapi amalan sunat yang mendekatkan kita dengan-Nya (ni Kak Monie tambah - ewah boleh jadi ustazah!)

Keempat - kirim anak-anak beli lengkuas, second girl bawa balik sengkuang dan first son bawa balik halia! Agaknya first girl dan twins akan bawa ballik apa ye!
ni lengkuas ye nak! English - galangal
seminggu MH370
MH - macam hilang?
MH - mana hilang?
MH - masa hilang?
MH - mahu hilang?
MH - mengHilang?
Apa-apa pun inilah berita terpanas seminggu ni - MH370. Hem belum ada tanda pesawat berkenaan. Tengok tv pun dah naik bosan... Dah le beberapa hari ni loya disebabkan bomoh yang mengaksikan watak hodoh orang Melayu yang masih kebal dengan kurafat. Rata-rata ditonjolkan gambar carpet terbang dengan pelbagai aksi yang menjadi ikutan atau ejekkan tak pastilah pula! Mengapa orang sengaja mengaksikan watak berkenaan? Buatnya nanti dikatakan itulah kepercayaan rakyat Malaysia melakukannya untuk mengesan pesawat berkenaan - buatnya dituding jari kepada orang Melayu/orang Islam. Tak ke buat malu je!
Semalam diberitakan terhempas di Lautan Hindi pula. Malah di laman sosial dikaitkan pula sabotaj sesetengah negara - ala macam cerita detektif Conan pulak dah!

Friday, 14 March 2014
unhappy
... sebab hari ni MC kerana sakit pinggang due to lupa makan ubat.
Sehari ni cuma tidur dan baring sebab nak selesakan pinggang dan belakang tetapi nyata tidak menjadi. Hatta makan ubat acocia (pain killer) pun tak menjadi. Daripada muka nampak sebam sebab seharian tidur - ni Kak Monie rasa nak mengadap blog pula... cuma nak tulis apa ek?
Berita biasa - air! Sekitar pukul 2.00 petang tadi dikhabarkan air dah ada. Lambat Syabas salur air ni... biasa 6.00 pagi dah ada - biar lambat tapi ada... air, kan!
Berita paling biasa - MH370 - hem belum ada tanda pesawat berkenaan - terbaru ni dikatakan terhempas di Lautan Hindi pula.
Program tv? Semua tak menarik, bayangkan dulu-dulu sebelum 1983, cuma ada dua saluran tv tetapi rasa seronok tak terhingga. Sekarang berpuluh channels boleh kata tak seronok, agaknya dah tua le Kak Monie!
Jap ni sekitar 8.30 malam rakan telefon ajak 'mengeteh' kat Restoran Kadir huh huh huh sakit belakang dan pinggang lagi - malas nak keluar rumah. Dok je le dalam rumah, layan internet sambil menahan sakit!

Wednesday, 12 March 2014
air oh air
Setelah sekian kalinya kebanyakan kawasan telah dicatu bekalan air, mulai hari ni tiba giliran kawasan Kak Monie menghadapi nasib yang sama - dua hari tak berair dan dua hari berair sehingga akhir bulan (selagi hujan tak turun). Persiapan telah dibuat lebih awal dengan mengeluarkan segala bekas tupperware yang besar-besar dan tipuware yang besar dan kecil. Hatta botol mineral 500 ml pun sangat berguna. Penghuni tidaklah ramai tetapi persiapan tetap perlu dibuat.
Semoga segala yang kita hadapi ini ada hikmahnya. Semoga kita bersabar atas dugaan ni - sekurang-kurangnya insaflah bertapa kerdilnya kita di sisi Allah. Selama ini kita dianugerahi air yang melimpah-ruah, cuma sedikit sahaja nikmat yang telah ditarik supaya kita menghargai kemewahan yang pernah diberi-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)