Friday, 21 November 2014

Biar betul!

 tao slayerz - Sunday, November 16, 2014

TAOTAUAJER - Mesti ada individu yang ke mana sahaja mesti dengan telefon pintarnya, langsung tidak boleh renggang. Mesti ada bukan? Anda kadangkala tidak boleh melepaskan telefon bimbit dan sering membawanya ke bilik tidur, malah menggunakan telefon bimbit sebelum tidur juga sudah menjadi kebiasaan pada setiap malam.

Kajian baru dari Universiti Granada, Sepanyol mendapati mengecas telefon bimbit di dalam bilik tidur dapat mempengaruhi kenaikan berat badan seseorang. Didapati cahaya pada gajet boleh mengganggu produksi hormon melatonin atau hormon tidur - Bahaya tidur tidak tutup lampu. Sedangkan, hormon melantonin dapat menjadikan kualiti tidur lebih baik dan efektif selain membantu tubuh mengubah pengambilan makanan dan minuman menjadi tenaga.

Jika kadar melatonin terganggu atau menurun, pengolahan makanan dalam tubuh badan juga turut terganggu. Melalui kajian yang dijalankan pada tikus, penyelidik mendapati, suntikan kadar melanonin dapat mencegah obesiti dan diabetes. 

Seorang penyelidik dari Universiti Manchester, United Kingdom, Dr. Simon Kyle memberitahu, cahaya biru ketika mengecas telefon bimbit dapat mengganggu metabolisme tubuh. “Kami tertarik bagaimana perubahan dalam pola tidur dan bangun tidur mempunyai kaitan dengan diabetes dan obesiti. Jika anda meningkatkan waktu tidur anda juga merndapat kesan positif pada diabetes dan obesity,” kata Kyle. Beliau menjelaskan ketika tidur dalam keadaan gelap, kadar melantonin dapat meningkat dan sebaliknya ketika dalam keadaan terang. Malah dia turut menyarankan seseorang untuk menghindari penggunaan alat elektronik sebelum tidur. “:Jika anda kurang tidur, terdedah kepada cahaya pada waktu yang salah pada sebelah malam pula dapat menggangu fungsi hormon melatonin dan dapat memberi kesan pada perubahan dalam metabolisme,” ujarnya.

 PETIKAN & GAMBAR IHSAN INTERNET






Sunday, 16 November 2014

carbonara lagi!

... sebab tak suka maka Kak Monie tak pernah buat. Seisi rumahpun tak merasa, bila dah suka bukan sekadar isi rumah - tetamupun berpeluang merasainya. Baru semalam buat (cuba je) hari ni buat lagi sebab ada tetamu dan ini je bahan yang ada. Tak sangka ada tetamu minggu ni.



Resipi (untuk 3 orang)

3 cekak spageti - direbus
 - simpan air rebusan spageti
3 batang sosej (tu je ada)
- rebus dan hiris

bahan:
2 biji telur
1 biji kuning telur
2 sudu makan keju Beqa - dicincang
2 sudu makan mentega
garam
pasli

- siapkan bahan
- rebus spageti
- bila spageti dah lembut
- tapis dan cepat-cepat masuk dalam bahan
- kacau banyak kali
- masukkan sosej

***Anekdot
Cara ini lebih menjimatkan berbanding dengan semalam Kak Monie mencucuk sosej - hem dan rasanya pun sekata. Cara semalam nampak cantik.

mi segera goreng

... sib baik ada mi segera sebagai penyelamat untuk menjamu  kawan-kawan first girl


Resipi

3 keping mi segera - dicelur
3 biji telur
2 cawan kubis
1 sudu makan cili kisar (cili pedas)
1 biji bawang besar - dadu
minyak, garam

- tumis bawang
- masuk cili
- masuk telur masak sampai kering
- masuk kubis
- akhir masuk mi

jamu tetamu Ahad

Semalam first girl bawa balik dua orang kawan - mereka tolong makan makanan semalam yang Kak Monie masak sup dan stude banyak kecuali carbonara.

Nak masak apa hari ni? Telur banyak, sosej  tiga batang - sib baik keju dan mentega ada lagi. Ulang tayang makanan semalam le mereka. Lagipun semalam girls kata sedap carbonara cuma jamu mereka ala kadar je sebab sikit. First son dan anak mak mertua pun dinner di sini, dapat le rasa sikit sorang. Sup makaroni dan stude daging nasi dan roti memang banyak. Nak jamu nasi rasa malas nak panas semula stude dan sup yang telah dimasukkan dalam peti sejuk. Asesori pun dah kurang.

Sentiasalah menyimpan telur, bahan kering seperti spageti, makaroni, bihun hatta mi kering segera. Puas selongkar nasib baik ada mi segera dan spageti. Bihun tak dak! Tu yang menghairankan. Juga diingatkan simpan daging/ayam cincang atau sosej. Tadi nak tunggu daging lembut agak lambat - tak ada ketuhar mikro (payah juga ye)

Jom layan

mi segera goreng, spageti carbonara, mi udang goreng dan telur dadar semalam


baki mi udang goreng


Banyak pula ni untuk tiga orang. Kami ada kenduri...

Saturday, 15 November 2014

carbonara

...sebenarnya Kak Monie tak suka sebab pertama rupanya - pucat. Kedua sebab susu/krim dan keju dengan spageti. Kebetulan jumpa resipi tanpa susu, krim masam atau krim pekat. Entah macam mana hari ni terasa nak buat sebab tak tau nak buat apa!








Resipi:

2 cekak spageti - rebus
4 batang sosej - potong 6-8
- cucuk 6 batang spageti ke dalam sosej
simpan air rebusan
daun pasli

bahan:
2 biji telur
2 sudu makan keju Beqa - cincang
1 sudu makan mentega
secubit garam
- gaul rata

- rebus spageti sehingga masak
- angkat dan terus masuk dalam bahan telur
- kacau berulang kali sehingga pekat
- jika kurang air guna air rebusan spageti
- tabur pasli kering atau segar

*** serius - sedap!

stude daging

...tak tau ejaannya - hentam je le. Terima kasih Rosnah kerana berkongsi resipi. Kerana ni ke laut diet Kak Monie hari ni.


makan dengan roti


juga dengan nasi


dengan telur dadar


Resipi:

2 kg tulang - rebus
100 g tomato puree
daun pandan
garam
minyak zaiton dan minyak bunga matahari

bahan kisar:
2 biji tomato
2 bawang besar
15 cili padi

- tumis bahan kisar dengan daun pandan
- bahan tumis naik bau
- masuk tulang
- masuk puree
- masak sehingga pekat

***Anekdot
Kak Monie tak boh daun pandan...


sup makaroni spiral

... terajin masak tiga jenis - entah angin apa tah!

Meriah warnanya he he he

Jom layan - termasuk stude dan carbonara





Resipi:
500 g makaroni spiral direbus

1/2 kg daging tetel direbus
2 cawan sayur sejuk beku
1 cawan kubis - dihiris halus
1 bawang besar
air
minyak
- tumis bawang besar
- masuk  daging dan air
- masuk sayur sejuk beku dan kubis

asesori:
tomato
daun sup
cili hijau
sambal kicap cili padi