Monday, 19 September 2016

kek butter

... kiv semua resipi sehingga ada mood menulis he he he




Resipi:

1 mentega
1 1/2 cawan gula halus
4 telur
1 sudu teh vanila
1 cawan susu UHT

ayak dua kali:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

cara penyediaan:

- putar mentega dan gula hingga putih masukkan telur dan vanilla
- selang seli tepung dan susu 
- masukkan dalam periuk (tak perlu leser)
- steam 30 minit

***Anekdot
Periuk Noxxa akan berbunyi beep sebab tiada air yang digunakan 


nasi goreng

Kak Monie masak nasi goreng 7 minit - percubaan pertama dengan menggunakan Noxxa. Kagum sebab nasi goreng ini dibuat daripada beras bukan nasi

Kak Monie buat di rumah


 versi belajar



versi Biah  


cara penyediaan:

stir fry minyak, daging, ayam, udang, sos tiram dan sebagainya
- masukkan 2 cawan beras dan 4 cawan air  
high pressure 7 minit
- buka tutup stir fry masukkan cili padi, karot, sawi, kubis, tauge, daun sup dan sebagainya (boleh pecahkan telur) sekitar 1-2 minit


rendang ayam

..


cara penyediaan:

- kisar - bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, serai, lengkuas, halia dan cili kering
- masukkan 1 ayam, bahan kisar, 1 kotak santan, garam dan gula
- high pressure 8 minit
- stir fry untuk pekatkan kuah

***Anekdot
Keluarkan ayam jika agak lembut dan stir fry kuah sahaja



nasi mandy

..


cara penyediaan:

stir fry minyak, bawang, rempah mandy dan 1 kiub Knoll
- masukkan 7 cawan basmati dan 8 cawan air  
high pressure  5 minit atau low pressure 7 minit
- jika masih mentah steam 2 minit


kambing madu

..



cara penyediaan:

- perap 10 keping kambing, 2 sudu besar madu, 1 sudu makan lada hitam dan garam
high pressure  8 minit (tiada tambahan air)

ayam mandy

..


cara penyediaan:

- perap 1 ayam dengan rempah mandi, jus 1 lemon, 2 bawang hiris, garam
- high pressure  8 minit (tiada tambahan air)

pulut kuning 1

.... terlebih masak sebab tergendala sebentar kerana kami sibuk memberikan tunjuk arah dan panduan jalan kepada seorang sahabat yang tersesat - lambat buka tutup sekitar 2 minit selepas off button


cara penyediaan:

- rendam 4 cawan pulut dengan kunyit dan 1 asam keping sekitar 20 minit
- tos dan masukkan 2 1/4 cawan air
- high pressure 4 minit
- buka tutup masukkan 1 cawan santan, garam dan 1/2 cawan air
- steam 2 minit