Friday, 23 February 2018

turun tangga berjemaah

... lif pejabat rosak katanya disebabkan kebocoran tangki aircon (Kak Monie pun tak faham) dan berlaku kebanjiran di pintu masuk utama pejabat. Kami dibenarkan pulang awal dan Kak Monie turun tangga sekitar 1.15 tengah hari. Sampai di bawah sekitar 20 minit dan tersangat dahaga, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkongsi air.

Dahaga sebab laluan agak panas dan juga sebelum itu terlebih makan ikan masin dan sambal belacan pot luck agaknya hu hu hu. Selain itu perut pun sengkak sebab makan banyak daripada biasa ala-maklum makan berjemaah dan turun pun berjemaah.


ketika di tingkat 14




makan-makan

...pot luck di pejabat yum yum yum - lepas makan ni kena turun tangga hu hu hu


lambat bagi

... kek merah kepada Sally sempena tahun baru cina, dah seminggu baru bagi. Kesian pula sebab leka dan first girl banyak hal masa tu nak buat kek ni. Sally tetap senyum bila dapat ni (selalu sehari sebelum tahun baru atau pada hari tahun baru kami hantar). Kak Monie rasa ralat juga hu hu hu.


ni bagi Sally tetapi belum sapu jem sebab masih panas


yang siap dahulu tuan-tuan dalam rumah makan - lama tak merasa jadinya sekali hadap dah tinggal bunga dulang



Thursday, 22 February 2018

rumah makan

..di Kampung Cenerai Kuala Pegang, Baling, Kedah berkonsepkan makanan percuma untuk sarapan dan merarau (makan tengah hari) bagi mengurangkan beban ramai insan yang kurang mampu. Tidak tertakluk kepada golongan miskin sahaja, golongan berada juga semua dijemput makan. Juga disediakan ruang untuk orang lain turut  bersedekah dengan menyediakan tabung dan membenarkan sesiapa sahaja meletakkan makanan  seperti pisang dan sebagainya. Alhamdulillah ada penyumbang geng Sahabat Jariah   yang sangat bermurah hati.

Projek diusahakan baru empat bulan oleh kenalan Kak Monie (junior 2 tahun), semoga Allah rahmati dan berkati usaha beliau dan semua penyumbang.



Monday, 19 February 2018

cucur pelbagai sayur

... buat cucur sebab bahan ini sahaja yang ada dalam peti sejuk sebab malas nak ke kedai kerana cuti panjang sempena tahun baru cina. Yang ada semua sayur yang umur panjang - karot, kubis dan kacang panjang. Terhasil dua versi sebab satu nak pedas sikit (tapi tak pedas pun)




versi cili serbuk


versi tanpa cili serbuk

Resipi:
3 cawan  campuran kobis, karot dan kacang panjang
 - potong nipis
1 bawang besar - dadu
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung Bestari
1 sudu makan tepung beras
air dan minyak
* 1 sudu kecil cili serbuk (tambah jika suka)

- gaul semua dan goreng kecil-kecil
*memang tak letak garam dan gula
*tekak Kak Monie sedap yang ada cili serbuk 


rai kenuri kawin

...sangat banyak sempena cuti tahun baru cina 17 - 18 Feb, dua hari gantung periuk dan seronok hadir semua kenuri sebab jalan lenggang, kalau macam ni tiap minggu kenuri pun ok.

Pada pagi 17 Feb pukul 11.00 pagi Kak Monie hadir majlis tahlil di rumah arwah pengasuh first son - Allahyarham Sariyah meninggal tahun lepas. Al-Fatihah.

  
Aizat & Liana
anak Azmi









Ammarah & Aminuddin
anak Ku


Seth & Nadia
anak Kamal




Shahir & Amira
anak Basha


minggu lepas 10 Feb - Farah Adilah & Nazril


Fakhrizal Azmy & Arni Natalia
sepasang anak Nasaruddin

Friday, 16 February 2018

nasi rempah

...cuti sempena tahun baru cina tahun anjing. Dok rumah je dan makan, disebabkan malas nak keluar rumah untuk beli barang bagai memasak nasi beriani, maka terhasillah nasi ini (kira apa yang ada dalam peti sejuk jadi bahan masakan ni). Dah siap masak rasanya boleh tahanlah sebab anak-anak puji (kira kpi penentu kesedapan) terperasan bahawa beras yang digunakan beras herba poni, hem dah masuk perut baru sedar (sebelum itu terfikir juga beras ni kontot - nak salah ke beras je)







Resipi:
1 kg beras + 5 cawan (basmathi/poni)
 - rendam 20 minit
1 ekor ayam
1 sudu makan serbuk rempah
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu makan susu pekat
segenggam cili padi
1 bawang besar - mayang
3 bawang putih - mayang
1 inci halia -mayang
2 tomato - dadu
3 helai daun bay
2 senduk minyak
*** air/cecair 7.5 cawan

bahan berkawan-kawan:
7 bunga lawang
7 bunga cengkih
7 pelaga
1 batang kulit kayu manis

bahan kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 buah keras
 -*** tak dak susu/yogurt ganti buah keras

- perap ayam dengan bahan yang dikisar dan rempah selama 1 jam
- tumis bahan berkawan-kawan
- masukkan bawang
- masuk ayam dan perasakan
- masak sekitar 10 minit
- masuk dalam Noxxa 
- letak beras dan susun ayam di atas
- sukat cecair
- HP 7 minit