Friday, 20 September 2019

pemberian

...oleh-oleh Mekah 


 sejadah, minyak wangi dan Asma Ulhusna - Norlina


 kurma dan tasbih _- Kujie

Monday, 16 September 2019

mi dan kuetiau

... menggunakan periuk Noxxa tetapi kuetiau disimpan dalam peti sejuk dan agak keras, kejadiannya tidak berapa menarik sebab Kak Monie menggunakan sukatan air 1 cawan tetapi rasa sedap. Kak Monie cuti biasa makan tidur, makan tidur - gemuk marah he he he






resipi kuetiau kejadian tidak cantik (sebab kuetiau disimpan dalam peti sejuk dan kuetiau agak keras) - sebelum memasukkan sayur agak lembik tetapi selepas digaul dengan kubis dan karot kejadiannya agak ok

MI GORENG
1 pek mi - 400 @500 g
1 cawan isi ayam
1/2 cawan air
2 susu besar minyak
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap 
3 ulas bawang putih
kubis
karot
sawi

asesori:
bawang goreng
daun sup
cili merah

- stir fry bawang
- masukkan cili kisar sehingga naik minyak
- masukkan isi ayam dan semua cecair
- masukkan mi dan  steam 2 minit
- buka tutup dan keluarkan wap
- stir fry dan masukkan sayur
- boleh masukkan telur


KUETIAU GORENG
1 pek kuetiau - 400 @500 g
1 cawan isi ayam
1 cawan air (asal 1/2 cawan) 
- tapi kalau goreng dalam kuali biasa tidak perlukan air, memadai dengan cili kisar, sos dan kicap
2 susu besar minyak
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap 
3 ulas bawang putih
kubis
karot
sawi

asesori:
bawang goreng
daun sup
cili merah

- stir fry bawang
- masukkan cili kisar sehingga naik minyak
- masukkan isi ayam dan semua cecair
- masukkan kuetiau dan  steam 2 minit
- buka tutup dan keluarkan wap
stir fry dan masukkan sayur
- boleh masukkan telur

pemberian

....oleh-oleh UK - Anoi


dah 9 bulan baharu ni sampai ke tangan Kak Monie


makanan sejuk beku

ayam phat phet

... kiv resipi - tunggu Kak Monie rajin


pedaskan sikit lebih umph!!!


gu dengan daging goreng je - kacang panjang, cili benggala merah dan kuning

Resipi
1 ekor ayam
4 batang kacang panjang - potong 1 inci
6 biji limau kasturi - jus
5 helai daun limau purut
garam
minyak
air

bahan kisar:
40 biji cili padi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kunyit
5 batang serai

- tumis bahan kisar sehingga naik minyak
- masukkan ayam dan air
- masukkan bahan berbaki dan perasa

cuti hari Malaysia

...cuti yang panjang sebab berkait hujung minggu dengan Isnin



tetamu

... Ahad 15 Sept, terima tetamu untuk bersarapan yang memberikan notis pendek, kita tengok apa yang ada dalam peti sejuk sahaja. Nasib tetamu untuk hari ini, ada juga stok mi dan anggur yang dipetik di dusun kami he he he - karipap beli je. 


Kak Monie masak asam pedas pelutan/mayung, sayur pak choy goreng, ayam goreng Bestari dan pekasam. Tetamu nak yang ringgan sahaja sebab mereka dalam perjalanan balik ke Kedah. Mi goreng Noxxa berencah ayam (kalau daging lebih ump!!!). Alang-alang dah masak sarapan lebih baik masak untuk tengah hari sebab nanti Kak Monie dah malas nak ke dapur. Apapun dalam rumah tetap nak makan jugakan! - Tetamu? Ikut tetamu nak makan yang mana - makan semua pun ok...






breakfast, branch, lunch atau sehingga dinner pun tak ok he he he 



cuti panjang

...cuti hari pertama Sabtu, 14 Sept, masak untuk mereka je. Kak Monie masih bertahan berpuasa sepanjang Muharam cuma baharu tinggal 7 Muharam sebab perut rasa tak selesa. Masak ayam phat phet, kubid goreng, daging goreng. Terlebih rajin kisar cili kering sekitar RM7.00 


hantar rumah sana berserta cili kisar