Tuesday, 13 August 2013

masak apa Ramadan?

..masak yang mudah sahaja sebab berbuka di Surau Al-Mutaqim. Sempat merakam beberapa masakan - baca cerita untuk posting ke blog KKIDA yang tak sempat dihantar)

Mula-mula Kak Monie rasa tak mau buat biskut, dah lama sangat buat biskut iaitu sejak berusia 8 tahun tak pernah sekalipun tak buat biskut raya, walaupun bersalin pada 21 Ramadan1994. Anak-anak asyik tanya buat biskut apa tahun ini bukan tanya buat biskut tak tahun ni? he he he.

Tetapi kalau tak buat biskut raya tak dak feel nak raya. Semua Kak Monie buat pada pagi Sabtu 25 Ramadan  - menghasilkan 5 jenis biskut dengan penggunaan 7 buku/ketul mentega dan 2 biji kek untuk jiran... dah full stop!

Baru basuh tin pembakar, mangkuk adunan, simpan peralatan... first girl muat naik gambar ke FB biskut samperit...dah orang kampung minta. Maka Kak Monie pun merajinkan diri dan pada Ahad Subuh sepie Kak Monie buatlah seadunan biskut samperit dan peroleh 100 biji dibahagikan untuk 3 buah rumah.

Seketul mentega dapat menghasilkan sekitar 80-100 biji biskut, kalau dijual sebiji RM0.50...darab sendirilah ye...

ayam temasik


kebab


biscuits







ni untuk Kak Maziah, Mak Bandar Baharu dan Mak Penaga


kek merah - untuk Sally dan Amin


No comments:

Post a Comment