Sunday 12 October 2014

novel Oktober

Selesai membaca 3 buah buku dalam masa 2 1/2 hari - baca kerana mengelak daripada kebosanan. 

Buku Ulu Yam di Liverpool 2 oleh Nazali Noor. Bahan dibaca ketika di Kuching yang diperoleh hasil koleksi Suhana - baru dibeli pada 8 Oktober di KLIA 2. Buka pertama telah menjadi top10 ten best seller di MPH sepanjang 33 minggu pada Oktober 2013. Sebuah bahan bacaan santai yang menarik untuk dibaca kerana jalan cerita yang bersahaja, bab ke bab yang sangat pendek. Cerita pengalaman suka-duka sebuah keluarga yang berasal dari Ulu Yam kemudian berhijrah ke Liverpool.

Buku ini tersangat baru dalam pasaran kerana krisis kenaikan minyak 20 sen pun sempat dirakamkan kerana kenaikan minyak pada 2 Oktober 2014. Kak Monie baca buku ini pada 10 Oktober - hem sekitar 8 hari kejadian.

Baca buku Ulu Yam di Liverpool termula dengan buku ke-2, seronok pula. Maka akan diusahakan bacaan buku yang pertamanya.

gambar ihsan goggle images


Buku Bersamamu Di Firdaus oleh Prof Mohd Kamil Ibrahim, juga koleksi Suhana - buku motivasi. Berkumpul di dunia dan mengharapkan agar dapat bersama-sama di syurga Firdaus

gambar ihsan goggle images


Novel cinta Sehangat Asmara oleh Aisya Sofea - sempat Wan Saophy memaklumkan bahawa novel ni pernah didramakan (baru Kak Monie goggle - hero Ady Putra dan heroin Rita Rudaini)

gambar ihsan goggle images


Balut sebab malu tajuk yang sangat romantik - first dan second girls tengok tajuk terus "Mama!" dengan tona yang terkejut. Kak Monie sempat capai kertas iklan dari pasaraya terkenal dan balut dengan mengoyakkan kertas menggunakan jari je dan lipat kemas-kemas. Ok kan!



No comments:

Post a Comment