...selalu juga dapat telur ini daripada orang Johor atau orang yang tinggal di Johor (adik kepada abang ipar duduk di Johor juga pernah membuatnya menggunakan telur ayam dan telur angsa) tetapi tekak tak berapa boleh terima. Kali ni sengaja nak cuba dan Kak Monie dapati rasanya sedap dan telur ini bahagian putih dan merahnya betul-betul keras (biasa telur merahnya sangat lembut).
Cuba lihat ruang angin pada telur ini, banyak ruang yang terpakai, Kak Monie tak pasti sama ada telur lama atau cara memasaknya yang menyebabkan ruang kosong ini besar. Ada orang memaklumkan bahawa pembuatan telur ini perlu masa yang lama sehingga ada yang merebusnya selama tiga hari dan ada yang mengatakan selama satu minggu... wallahuaqlam. Baharu tahu telur pindang memang sedap. Kredit kepada si pembuatnya.
Baca SINI untuk mengetahui cara membuatnya...
Baca SINI untuk mengetahui cara membuatnya...
No comments:
Post a Comment