Friday, 3 May 2019

ayam golek hangit

... kejadian yang tak diingini ke ke ke - jadilah ayam golek hangit

ayam pertama - percubaan dan minta anak-anak rasa, kata mereka semua ok sedap!



...ayam kedua - untuk jamuan di pejabat tapi tersilap kerana terlupa kunci penutup Noxxa sekitar 20 minit. Entah berangan apa tak taulah (semalam kek hangit he he he). Bila terbau wangi sangat  Kak Monie berasa hairan, sepatutnya bau ayam yang dimasak dalam gula, terus terfikit mungkin terlupa tukar knob daripada  steam ke high pressure  tapi rupanya terlupa kunci penutup,.


jeng jeng jeng







buang kulit masih elok cuma fikir tak tau nak sambung masak berapa lama lagi - nanti buat nasi ayamlah ye


...ayam ketiga - nasib baik ada ayam yang masih lembut lagi - pukul 10.30 malam ye ayam cik tam!!! Kak Monie tak perap pun, jalan je le 



Resipi
seekor ayam
5 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
3-4 sudu besar madu
3-4 sudu besar kicap
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 kiub ayam
1 sudu besar mentega
- gaul semua dan lumur pada ayam
- perap
- HP 20 
- stir fry sehingga kering kuah


No comments:

Post a Comment