Wednesday, 2 September 2020

bubur asyura

 ...@ boq sora yang dibuat oleh sahabat di utara Kedah dari pagi tadi di Kpg. Ketoi, Jitra. Sahabat datang hantar di rumah pukul 5.30 petang dalam keadaan masih suam-suam kuku lagi - sedap.

Kak Monie tidak berani ke sana sebab penularan covid-19. Ramai yang tidak hadir tetapi boleh dikatakan semua merasa boq sora ni. Ingatan kepada sahabat yang sememangnya tidak dapat turut serta bersama-sama dalam acara ini diterjemahkan dengan mengirimkan dua pek bubur asyura setiap orang. Terima kasih daun keladi - Sue Kuching sila jeles!









No comments:

Post a Comment