Sunday, 15 November 2020

semua dah tak ada

 ...hari ini semua dah tak ada yang menumpang sini lagi - tiada kokokan ayam dan meowan kuching hu hu hu

...hantar semula ke rumah sahabat yang memberikan ayam ini sebab sudah malas bela. Asal sepasang kemudian beranak sepasang lagi tetapi seekor ayam jantan mati ketika sedang kejar mengejar. Semasa ada dua ekor jantan, seekor perlu letak di luar reban sebab suka bergaduh. Satu hari sengaja dilepaskan jantan ndalam reban tu, maka berlaku babak kejar mengejar - ironinya yang mengejar mati mungkin sakit jantung sebab selama ni tinggal dalam reban kurang senaman ke ke ke



sekor jantan dan dua betina



ni lebih awal hilang tapi rasanya mati  di tempat lain sebab sakit





Kami bawa empat kanak-kanak ini semasa menghantar ayam - tuan rumah membawa kami melihat reban itik angsa putih sekitar 20 ekor agaknya, lapan itik serati (nampak putih semua) dan 4 ekor ayam hutan yang ditempatkan sekali. Bising bunyi angsa ni sebab lapar agaknya. Ayam kami diletakkan dalam sangkar sehari dua sebelum dilepaskan di dalam reban. Sampai rumah semua menyebut ayam dah tak ada - hem jangan ada yang rindu selepas ini. Reban ayam akan digantikan dengan burung bayan sebab sangkar agak sempit.

No comments:

Post a Comment