...masuk tv youuu ke ke ke
Kak Monie ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk CT scan hari itu, 23 November 2020 dan sempat posing dengan menatang ni ke ke ke. Lupa nama dia - semalam tiga orang rakan whatsapp beritahu dan ambik gambar dari skrin tv. Rupanya nama dia ni Predator (ingat ke hero rupanya Sharif Dol) ke hospital untuk melawat ward kanak-kanak tetapi tidak mendapat izin kerana ancaman cv19 sekarang ini. Ini info daripada kawan yang menonton Majalah 3 dan beliau yang menyampaikan berita ini. Semasa bergambar tidak sempat tanya tujuan menatang ini berada di sana sebab kenderaan sudah sampai. Kak Monie perasan juga ada kamera tetapi tidak terfikir dan ternampak kamera hala ke Kak Monie, sebab itulah mata pandang ke arah lain, kalau tahulah nak masuk tv mau renyeh sampai ke telinga ke ke ke. Apa-apa pun sempat jugalah femes semalam
Ini gambar dari telefon bimbit Kak Monie
No comments:
Post a Comment