Monday, 16 July 2018

musim durian & majlis doa selamat

2018 banyak buah kayu dan hargapun agak murah, rezeki kita tahun ini. Alhamdulillah. Kak Monie belum bercadang untuk membeli durian tetapi memandangkan sepanjang jalan raya, FB, whatsapp dan yang sewaktu dengannya memaparkan buah raja ni makan kami patik yang hina-dina ni terpaksa mengalah kepada tuanku raja buah walaupun belum dapat gaji! he he he


26 biji


D24 - besar dan gerun nak makan, lebih suka yang biasa





banyak ulas, isi tebal



Pada hari yang sama dapat undangan rumah terbuka kenalan Kak Monie di Kajang pada hari Sabtu 14 Julai lepas dan juga majlis doa selamat kerana tuan rumah akan menunai haji. Antara tetamu yang hadir  mempunyai hubungan baik dengan tokey buah durian. Kak Monie tumpang sekaki, setangan, selulut (sebab lutut sakit kena sebut kut nanti lutut merajuk)  beli buah ni tetapi anak-anak yang uruskan. Kak Monie hadir majlis ini, anak-anak pergi ambil buah raja ini.

Tuan rumah mengambil durian pada petang hari Jumaat, anak-anak Kak Monie pergi ambil pada hari Sabtu pukul 10.00 pagi. Asal tokey sediakan sebakul RM220.00 sekitar 40 biji ... Mak aiii sib baik mereka tanya dulu kalau tak taman Kak Monie kenuri durian malam tu ... he he he

Kak Monie dah berhenti makan durian sebab rasa mencukupi untuk hari itu,  tetapi kenalan tunjuk buah, jenis buah dan beritahu isinya sedap. Bila dibuka Kak Monie rasa seulas, kemudian beliau tunjuk lagi, rasa seulas kemudian berulas-ulas yang disua, cukuplah terlebih ulas yang dirasai.












D12







anak-anak yatim Kajang - bersopan-santun



No comments:

Post a Comment