... buat dua hari berturut-turut dan Kak Monie lebih suka resipi pertama menggunakan campuran tepung beras dan tepung gandum. Sengaja mencuba resipi kedua sebab ada yang kata resipi ori menggunakan tepung beras semata-mata - bagi Kak Monie hasilnya laksam tak berkilat dan tak mudah untuk menggulung dan jika lambat digulung memang tak akan menjadi langsung gulungannya.
Kuah lebih sedap menggunakan sardin atau kembung - terasa kemanisan ikan. Sengaja menggunakan ikan mata besar sebab kebetulan banyak dan lagi Kak Monie cuba elak makan ikan sardin kut nanti sakit kaki (teori je pun)
Resipi 1 (campuran tepung)
laksam:
6 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
9 cawan air suam (4 cawan api mendidih + 5 cawan air)
secubit garam
- bancur dan perap 30 minit
- sapu minyak atas tudung periuk
- tuang bancuhan dan kukus
- tunggu menggelembung
- gulung
- sejuk baharu gunting
kuah:
2 kotak santan 200 ml
gula, garam dan air
1 asam keping
bahan kisar
5 ekor ikan mata besar - rebus dan perisi tulang
4 biji bawang besar
2 sudu kfc lada hitam
1 inci belacan
1 inci halia
- tuang dalam periuk dan masak
- sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
*** kepekatan bergantung kepada isi ikan
sayur:
kesum, bunga kantan, timun, kobis putih dan ungu
sambal belacan:
cili merah, cili padi, garam dan belacan
*** Anekdot
Kurang umpmm sebab guna ikan mata besar sahaja - hari kedua buat kuah guna ikan pelaling 6 ekor
Resipi 2 (tepung beras sahaja)
laksam:
6 cawan tepung beras
9 cawan air suam (4 cawan api mendidih + 4 cawan air)
1/2 sudu kecil garam
- bancur dan perap 30 minit
- sapu minyak atas tudung periuk
- tuang bancuhan dan kukus
- tunggu menggelembung
- gulung
- sejuk baharu gunting
kuah:
2 kotak santan 200 ml
gula, garam dan air
bahan kisar
6 ekor ikan pelaling - rebus dan perisi tulang
4 biji bawang besar
2 sudu kfc lada hitam
1 inci belacan
1 inci halia
- tuang dalam periuk dan masak
- sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
*** kepekatan bergantung kepada isi ikan
sayur:
kesum, bunga kantan, timun, kobis putih dan ungu
sambal belacan:
cili merah, cili padi, garam dan belacan
No comments:
Post a Comment