... pada 6 Ogos lepas, 9 yang hadir daripada 10 orang yang rapat. Tuan rumah/kedai sediakan laksa, manggis dan 20 biji durian. Rakan yang datang bawa pula 20 biji durian, hemmm dah semua hampir cecah 6 siri ni banyak mana yang boleh dimakan durian yang dianggarkan 5 biji seorang. Bungkus sikit soranglah bawa balik.
Banyak juga makanan hari tu - pulut santan, nangka, kek coklat, kek batik, brownis Secret Recipe. Makanan yang dibungkus khas nasi minyak kari kambing serta pisang keling untuk setiap orang. Sementelahan ada brownis, maka ternyanyilah pula lagu HAPPY BIRTHDAY untuk Kak Monie yang terlewat dah sebulan (asal nak potong brownis tetapi sepi tu yang berdendang lagu syok sesama kami, jangan buat main geng 6 siri ni kalau berjumpa, lupa umur he he he).
piring Kak Monie - 7 ulas je
bawa balik
Balik rumah - petang goreng pisang keling yang sangat gebu dan malam makan nasi kambing yang sangat sedap. Durian? Twin makan sikit dan baki hantar ke Lembah Keramat, tak mahu simpan durian sebab dah tak termakan ...hemmm boleh kata muak buat seketika. Rezeki
No comments:
Post a Comment