Wednesday, 3 February 2016

mi rebus Radziah

Resipi:
1 kg keledek kuning - rebus dan kisar
1 genggam udang kering
stok ayam

air, garam, gula

bahan kisar:
3 sudu cili kisar
5 bawang merah - kisar
3 bawang putih - kisar

asesori:
mi
telur rebus
cili merah
bawang goreng
sawi - celur
limau nipis
tauge

cara:
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Masak stok ayam.
Masuk ubi keledek.



set mi



***Anekdot
Rasa belum lengkap bahan resipi - up date kemudian


petola Fish

Resipi:
1 petola 
2 genggam cendawan
1 ekor ikan sardin rebus - ambil isi
2 ulas bawang merah
air, garam

cara:
Tumis bawang.
Masuk air sehingga mendidih.
Masuk petola dan cendawan.
Masuk isi ikan.
                  


terima kasih Fish kerana kongsi resipi

***Fish ni orang


petua bunga rampai

Selepas dihiris renjis Baby Oil supaya tidak kering. Untuk mengekalkan bau renjis sedikit air mawar - kami guna minyak wangi sahaja. Bungkus dalam kain.



air asam Bayah

Resipi:
3 bawang
2 tomato
2 cili merah
2 sudu kerisik
1 sudu sos tomato 
1 sudu sos cili
jus limau nipis
air asam jawa
garam, gula, air

cara:
Semua bahan dipotong.
Gaul sebati.
Ambil anggaran secawan dan kisar.



sesi buat kerisik berjemaah he he he


***Anekdot
Mungkin ada bahan yang Kak Monie terlepas pandang - up date dari semasa ke semasa


hias tisu tangan

Caranya - letak piring mengiring atas tisu dan tekan sambil pusing...


masak apa

Januari 2016


ayam serai, karipole


biskut lembut


air asam moden


ketam telur masin


kuetiau daging



lemak pucuk keledek


telur bungkus



ayam goreng mamak

kek pelangi - permintaan first son



pulut kuning


butir pisang


moi


kuetiau orang malas


 kari kepala ikan


buat utuk anak dan cucu menakan


daging kunyit


Adam gemar kek ni


serawa durian


laksa Johor


sambal tokua


ayam pabrik






pemberian Jan 2016

rendang - Rosnah


 2 rantai kunci - Ainon
ole-ole Paris dan Australia


fridge magnet merangkap klip kertas - Ainon


telefon bimbit (kanan) - twin