Monday, 10 October 2016

masak apa?

... September 2016 -  terlajak rajin sebab raya Aidiladha hehehe..


nasi himpit


nasi dagang 


pulut kukus / pulut eron


rendang ayam


sambal ikan bilis


kuah kacang


Wednesday, 5 October 2016

mi goreng

stir fry sambil masukkan sayuran


selepas steam 2 minit


cara penyediaan:

- stir fry minyak, cili, ayam, karot, sos, kicap, garam dan gula
- masukkan 1/2 cawan air
- masukkan mi 500g
- steam 2 minit
- buka tutup stir fry masukkan sayuran sekitar 1 minit

stew

Tak ingat masakan ke berapa dalam Noxxa ni - kebanyakan menu ulangan seperti bihun dan nasi goreng. Kak Monie teringat nak makan stew, google resipi dan cara penyediaan agak-agak dengan Noxxa





masukkan tepung




Resipi
1500 gm daging - potong kiub
3 karot - potong bulat 1 inci
3 kentang- potong 6
1 bawang besar - potong 8
10 bawang putih sebiji-sebiji
5 sudu besar tepung gandum
1 daun bay
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
1 sudu teh sebuk pala
2 sudu besar Lea & Perin
7 cawan air
garam, gula
3 bawang besar - goreng dan kisar dengan 1 cawan air

cara penyediaan:
- perap daging dengan lada hitam dan pala
- stir fry - minyak dan daging sekitar 15 minit - daging bertukar warna
- dalam kuali lain - tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan tolak bawang ke tepi kuali
- di tengah kuali, masukkan tepung gandum dan masak hingga kekuningan, tolak bawang dan masukkan air
- masukkan adunan tepung, daun bay, Lea & Perin, bawang kisar dan curah dalam periuk daging, high pressure 15 minit
- buka tutup dan masukkan karot dan kentang
- high pressure 8 minit


***Anekdot
Rasa kalau buat sekali lagi Kak Monie akan masukkan aduan tepung sekali dengan masa  karot, kentang sebab jadi berkerak (berkerak pun sedap) dan nampak tompok-tompok hitam. Masa ni ingat gajet kisar dalam periuk. Kak Monie dulu suka tonton saluran masakan di Astro contoh Asian Food Channel dan beberapa yang lain dah tak ingat - ingat chef masak daging lama selepas digoreng daging, bila siap masukkan pengisar dalam periuk dan kisar segala sampah dalam periuk hu hu hu

kek sarang semut 1






Resipi:

2 cawan tepung kek
1 sudu makan soda bikabonat
ayak tepung dan soda dua kali

6 biji telur
3 sudu makan mentega
1/2 tin krimer pekat
1 sudu teh vanila

karamel (sejukkan):
2 cawan gula
2 cawan air

cara penyediaan:
- guna whisk untuk telur
- masukkan tepung
- masukkan mentega, susu dan vanilla
- akhir sekali masukkan karamel
- masukkan dalam Noxxa
- tahak sejam
- steam 25 minit

***Anekdot
Kak Monie tak puas hati tektur kek ini, akan dicuba sekali lagi, rasa kurang berminyak, cubaan seterus akan ditambah kuantiti minyak.


bubur



Resipi:

1 cawan beras
2 cawan air
- basuh beras masukkan dalam bekas
- simpan dalam freezer semalaman atau lebih
- bila hendak dimasak, keluar dan terus masuk dalam Noxxa
- tambah air 4 cawan lagi
- high pressure 5 minit

pisang lengat




Resipi:
2 cawan pisang @ 11 biji
1 1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan (cecair + air)
5 sudu makan gula (ikut kemanisan pisang)
garam

- kecek pisang
- masukkan santan dan semua berbaki
- kukus 20-30 minit

Friday, 30 September 2016

masak apa?

...September 2016 masak dah tak tension atau stres sebab ada pembantu baru dalam rumah yang pendiam tapi boleh harap. Pendiam? Bising jugalah! Keluar pisss dan beep bunyinya he he he

Bulan banyak masak sebab Aidiladha dan apa lagi - terlajak rajin sebab ada pembantu Noxxa he he he