Tak ingat masakan ke berapa dalam Noxxa ni - kebanyakan menu ulangan seperti bihun dan nasi goreng. Kak Monie teringat nak makan stew, google resipi dan cara penyediaan agak-agak dengan Noxxa
Resipi
masukkan tepung
Resipi
1500 gm daging - potong kiub
3 karot - potong bulat 1 inci
3 kentang- potong 6
1 bawang besar - potong 8
10 bawang putih sebiji-sebiji
5 sudu besar tepung gandum
1 daun bay
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
1 sudu teh sebuk pala
2 sudu besar Lea & Perin
7 cawan air
garam, gula
3 bawang besar - goreng dan kisar dengan 1 cawan air
cara penyediaan:
- perap daging dengan lada hitam dan pala
- stir fry - minyak dan daging sekitar 15 minit - daging bertukar warna
- dalam kuali lain - tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan tolak bawang ke tepi kuali
- di tengah kuali, masukkan tepung gandum dan masak hingga kekuningan, tolak bawang dan masukkan air
- masukkan adunan tepung, daun bay, Lea & Perin, bawang kisar dan curah dalam periuk daging, high pressure 15 minit
- buka tutup dan masukkan karot dan kentang
- high pressure 8 minit
***Anekdot
Rasa kalau buat sekali lagi Kak Monie akan masukkan aduan tepung sekali dengan masa karot, kentang sebab jadi berkerak (berkerak pun sedap) dan nampak tompok-tompok hitam. Masa ni ingat gajet kisar dalam periuk. Kak Monie dulu suka tonton saluran masakan di Astro contoh Asian Food Channel dan beberapa yang lain dah tak ingat - ingat chef masak daging lama selepas digoreng daging, bila siap masukkan pengisar dalam periuk dan kisar segala sampah dalam periuk hu hu hu
No comments:
Post a Comment