Saturday, 13 May 2017

jalan-jalan malam

... malam minggu, ramai orang malam ni rupanya mungkin menyambut Hari Ibu - Kak Monie saja nak jalan-jalan sebab dah lama tak keluar dengan anak-anak  (dua lagi ke Salak Selatan ada kenuri tahlil). Banyak tempat yang Kak Monie nak pergi dan malam ni semua tempat berkenaan dapat dilawati, anak-anak layan je mama depa.

Menarik deco dalam kedai Tim ni, kek disusun menarik dan nampak sedap (banyak pilihan) serta persembahan teh sangat menarik - jom layan


TIM'S Teapot Terrace, Taman Melawati




teko dan cawan bertindan - nak beli uncang teh untuk dibawa balik tak jual tetapi teko dijual!









Kedai Barakah di Ampang













Food Truck, Wangsa Melawati

Ada dua bahagian tempat truck bersusun - satu di tanah agak tinggi dan satu sama aras jalan raya Wangsa Melawati (berdekatan masjid). Ni yang di bawah, truck lebih banyak berbanding di bahagian atas.


ni semua bahagian atas

unik dua truck/ van ni - teringat zaman dahulu van susu cap Junjung he he he


paling Kak Monie berkenan


dan yang ini pun





seronok juga ye berjalan-jalan waktu malam 


nasi kerabu Monie

... resipi disertakan (tambah Monie sebab banyak resipi kerana buat dan belajarpun banyak kali) - renyah masak nasi kerabu sebab banyak bahan dan banyak asesori yang mengikutinya, kut tak disediakan tak cukup lengkap (kurang satu pun mungkin ada kesan - Kak Monie tak buat solok lada sebab tak ada cili hijau dan satu lagi malas dah!)















Resipi:

nasi:
beras, air, daun pandan, daun limau purut dan pewarna kuning (pewarna ganti bunga telang yang berwarna biru, tak pun guna pewarna biru - Kak Monie belum gamak nak telan he he he)

ulam:
kobis, timun, daun kesum, bunga kantan, tauge, kacang panjang

air cili:
cili merah, garam, jus limau kasturi @ cuka

serunding:
1 biji kelapa - sangai
4 ekor ikan kembung - rebus dan perisi tulang
8 batang serai - hiris nipis
1/2 bawang besar - hiris
garam, gula kabung
- tumbuk serai dan bawang
- tumbuk kelapa dan isi ikan
- masuk gula kabung, garam

tumis:
1 biji kelapa - santan
1/2 bawang besar - hiris
3 sudu makan cili kisar
1/2 ketul gula kabung
2 sudu makan budu
2 senduk minyak
1 asam keping
1 serai - ketuk
- tumis bawang dan serai
- masukkan cili masak hingga pecah minyak
- masukkan santan, asam, budu dan gula
- masak hingga pekat

budu:
budu, jus limau kasturi dan cili padi

solok lada:
rebus ikan kembung - perisi
kelapa - goreng sikit dan tumbuk
bawang - tumbuk
gula kabung
1 telur
santan
garam
- belah cili dan keluarkan biji
- gaul semua kecuali santan dan sumbat didalam cili
- atur cili dalam periuk atau loyang, letak santan - boleh direbus atau dikukus sekitar 10 minit

asesori:
telur masin, ikan celup tepung, ayam goreng, daging goreng, jeruk bawang putih, keropok goreng (dah tak dak makan je le apa yang ada he he he) Kak Monie buat telur masin, ayam goreng dan keropok


tungkus-lumus

... buat nasi kerabu (rice to Wednesday) alih-alih jiran datang hantar dua bungkus nasi kerabu sebelum nasi kerabu dalam rumah ni siap dimasak. Lama juga nak siap nasi kerabu ni, dua kali rehat (pi kelas dan tidur)! Jiran beri nasi kerabu ni dimasak oleh chef pro dari gerai di Taman Melawati, Kak Monie yang tak berapa pro ni terhegeh-hegeh memasak dan menjelang zuhur baru siap!





pulut pelam

... mengguna buah pelam rainbow (perbagai warna, oren, merah, hijau) - sangat wangi baunya seakan-akan wangi mempelam harumanis. Sepanjang perjalanan balik ke rumah selepas membeli pelam ni dalam kereta bau sedap sangat. Buah ini sangat manis dan murah, semua ni berharga RM12.50

Kak Monie singgah kedai Fuad dekat masjid al-Hidayah Taman Melawati untuk membeli barang keperluan membuat nasi kerabu. Terjumpa tuan kedai langsung bertanyakan buah mempelam yang sesuai dengan pulut sebab ada tiga jenis semalam di kedainya. Dua jenis lagi, tetapi yang satu memang pelik, warna coklat tetapi masih keras. Beliau cadangkan buah ni - memang tepat! Beliau cadangkan supaya masak pulut atau santan biar manis. Nasib Kak Monie tak maniskan pulut sebab pelam  ni manis macam gula dan tak perlu santan sebab dah lemakkan pulut. Apabila nak makan tekan pelam ni dan keluar airnya (tapi dah terbuat dah santan, tu yang dalam cawan) - memang terbaik, Jap lagi nak pi cari kut ada rezeki ...







5 biji RM12.50 - tempat lain mesti lebih murah


ni mempelam rainbow


Friday, 12 May 2017

nisfu Syaaban

... lama tak makan nasi dalam dulang berjemaah, semalam merasa makan di MATIS - nasi tajaan Restoran Rus Aladdin. Seronok jumpa kawan dan sedap makanan yang disediakan, terima kasih kepada penyumbang


nasi, beriyani kambing, ayam goreng, dalca dan jelatah


dan ramai yang membawa juadah

 

***moreh pun ada tetapi tak ambil gambar - roti jala kuah durian, karipap, donut, puding buah, cara berlauk, popia goreng, koleh kacang, kuih jepun dan teh tarik,