Saturday, 13 May 2017

pulut pelam

... mengguna buah pelam rainbow (perbagai warna, oren, merah, hijau) - sangat wangi baunya seakan-akan wangi mempelam harumanis. Sepanjang perjalanan balik ke rumah selepas membeli pelam ni dalam kereta bau sedap sangat. Buah ini sangat manis dan murah, semua ni berharga RM12.50

Kak Monie singgah kedai Fuad dekat masjid al-Hidayah Taman Melawati untuk membeli barang keperluan membuat nasi kerabu. Terjumpa tuan kedai langsung bertanyakan buah mempelam yang sesuai dengan pulut sebab ada tiga jenis semalam di kedainya. Dua jenis lagi, tetapi yang satu memang pelik, warna coklat tetapi masih keras. Beliau cadangkan buah ni - memang tepat! Beliau cadangkan supaya masak pulut atau santan biar manis. Nasib Kak Monie tak maniskan pulut sebab pelam  ni manis macam gula dan tak perlu santan sebab dah lemakkan pulut. Apabila nak makan tekan pelam ni dan keluar airnya (tapi dah terbuat dah santan, tu yang dalam cawan) - memang terbaik, Jap lagi nak pi cari kut ada rezeki ...







5 biji RM12.50 - tempat lain mesti lebih murah


ni mempelam rainbow


No comments:

Post a Comment