Wednesday, 1 November 2017

gader2 Kulim

RESTORAN MONDRODS Kak Monie gader-gader dengan geng. Geng ni tak boleh masuk kawasan mereka kalau tak beri salam (he he he). Kak Monie dan Fish balik Kulim bersebab dan geng sana dapat tahu maka paksa wajib hadir gader-gader malam tu.

Siang hari dah makan kenuri dan malamnya dipaksa makan lagi (sumbat je).  Makan je jangan sibuk nak diet, esok kita diet (esok bila entahlah).





muda belaka



order-order


chicken chop 2 set




 pisang rebus


burger


cucur bilis


cucur kodok pisang


sandwich kawan 



Sahabat buatkan classic butter cake khas untuk kami malam tu dan yang tak sempat ambil gambar - mi rebus, cucur jagung dan nasi ayam madu

gader2 Pulau Pinang

RESTORAN PEN MUTIARA di Wisma Nelayan, Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Batu Maung Pulau Pinang yang femes dengan kari kepala ikan. Hidangan memang sedap dan tempat pun menarik, dikatakan asalnya tempat ini hanya kedai makan tetapi telah berkembangan sehingga terbina hotel. Pada 1 November 2017 diperkenalkan ikan bakar dari pukul 6.00 petang hingga 3.00 pagi.


Sahabat belanja sebab kami berdua balik kampung (boleh kerap balik kampung, ni kes balas budi he he he). Kak Monie akan syorkan kepada kawan-kawan untuk datang ke sisi kerana karinya kari stail Melayu tetapi anak buah yang bersalam-salaman dengan Kak Monie boleh terhidu kari walaupun tidak terlalu kuat (salam cium tangan le tuuuu, nasib tak bau belacan)




sambal udang petai


kari kepala ikan


sotong tepung


ikan masin


kerabu betik muda


kerabu tauge


MI UDANG SALWA, GERTAK SANGGUL/BATU MAUNG

Wajib rasa mi udang ni, dikatakan mi udang asli dan sahabat yang membawa kami ke sini telah menjadi pelanggan kedai ni sejak anak dara lagi sehingga sekarang datang dengan membawa anak cucunya (he he he lama sungguh ni). Katanya mak cik dah meninggal dunia dan sekarang pak cik yang memasak dan menguruskan kedai ini dengan pembantu wanita. Ketika Kak Monie ke sini pak cik ke pasar membeli barang keperluan berniaga.

Memang sedap mi ini berkuah pekat seperti ada ubi (Kak Monie pun tak pasti tetapi rasanya lain daripada yang lain) cuma cara persembahannya kurang menarik. Kak Monie fikir mi ini banyak dan tak mampu dihabiskan (al-maklum dah kenyang merarau di Pen Mutiara)  rupanya semua udang terbaring di dasar pinggan dan  memang mi ni pun agak banyak. Kami pesan dua pinggan untuk tiga orang makan tetapi tak terhabis juga.
















Kak Monie tolong susun sebab mi ni seperti dilambak, nampak berceretek udang tersorok dicelah-celah mi he he he, sepatutnya nama hidangan ini UDANG MI. Kan banyak udang!
 

MI UDANG BERTAM - menjadi kebesaran dan kehebatan kut makanan yang bernama mi udang di Pulau Pinang. Jumaat malam singgah makan di food court Bertam (sedap juga, semua sedaplah tambahan orang belanja)





ets

...pergi dan balik KL -  Bukit Mertajam - KL. Seronok dan selesa








makin comel

...anak bulu


smiling buffalo

... di Langkawi, kongsi gambar yang dikirim oleh sepupu (nanti story-story ye he he he)

Menarik deco tempat ini, model kereta lama, sekadar melayan je gambar dan deunikan tempat ini, kalau ke Langkawi cuba-cubalah cari tempat ini