Saturday, 11 August 2018

cutni kelapa

ihsan Cikgu Lini




Resipi
1 biji kelapa parut
5 cili kering
6 bawang kecil
3 bawang putih
1 inci halia
asam jawa
garam
- semua bahan digoreng dengan sedikit minyak - kisar

- tumis minyak zaiton, bawang merah,cili kering dan daun kari
- masukkan bahan yang dikisar

kuah dal

ihsan Cikgu Lini



kuah dal dalam pelbagai cara dimakan dengan barli






Resipi

dal - rebus dengan kunyit, garam
bawang kecil, bawang putih, halia - hiris
daun kari
cili kering
tomato - dadu
biji sawi
daun ketumbar - hiris

- tumis minyak zaiton, biji sawi, bawang, tomato
- masukan dal
- masukkan air
- akhir daun ketumbar, garam


tose barli

ihsan Cikgu Lini


tose


lawan lempeng barli

Resipi
1 cawan biji barli
1/2 cawan ulunthu
segenggam nasi beras rebus
garam
mauripan (opsyenal sebab ada orang sensitif)

- barli dan ulunthu direndam berasingan
- selepas 4 jam kisar berasingan
- kisar nasi
- satukan semua
- simpan dalam bekas
- masak seperti lempeng

***untuk makan pagi rendam pukul 3 petang, kisar pukul 7 malam
***untuk makan malam rendam pukul 8 malam, kisar pukul 9 pagi

cendawan lada hitam

ihsan Group Diet Barli


Resipi
cendawan
bawang - hiris
bawang putih - hiris
halia - hiris
cili kering - gunting
bunga lawang
daun kari
- tumis semua di atas kcuali cendawan
- bila naik bau masukkan cendawan
- bila masak tambah bahan ni:
***cili kering, ketumbar, jintan manis, lada hitam tumbuk dan garam





pankek

ihsan Kak Alijah




Resipi

2 cawan tepung kek
1 cawan susu cair/segar
1 cawan air
4 susu minyak jagung
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
4 sudu besar gula
garam

- pukul sebati semua bahan kecuali bahan jenis tepung
- masukkan bahan tepung
- masak guna kuali non stick
- buat seperti buat penkek/lempeng




Thursday, 9 August 2018

gader-gader durian

... pada 6 Ogos lepas, 9 yang hadir daripada 10 orang yang rapat. Tuan rumah/kedai sediakan laksa, manggis dan 20 biji durian. Rakan yang datang bawa pula 20 biji durian, hemmm dah semua hampir cecah 6 siri ni banyak mana yang boleh dimakan durian yang dianggarkan 5 biji seorang. Bungkus sikit soranglah bawa balik.

Banyak juga makanan hari tu - pulut santan, nangka, kek coklat, kek batik, brownis Secret Recipe. Makanan yang dibungkus khas  nasi minyak kari kambing serta pisang keling untuk setiap orang. Sementelahan ada brownis, maka ternyanyilah pula lagu HAPPY BIRTHDAY untuk Kak Monie yang terlewat dah sebulan (asal nak potong brownis tetapi sepi tu yang berdendang lagu syok sesama kami, jangan buat main geng 6 siri ni kalau berjumpa, lupa umur he he he).









 









piring Kak Monie - 7 ulas je








bawa balik




Balik rumah - petang goreng pisang keling yang sangat gebu dan malam makan nasi kambing yang sangat sedap. Durian? Twin makan sikit dan baki hantar ke Lembah Keramat, tak mahu simpan durian sebab dah tak termakan ...hemmm boleh kata muak buat seketika. Rezeki





pemberian

...hem musim buah jadinya banyaklah sedekah orang kepada kami