Tuesday, 18 September 2018

masak lemak daging salai

... ok juga terasa daging salai


salai dalam magic pan



pemberian

..


sawan laksa

... bila suka dan adakalanya tak suka sangat - kira sawan laksa mai cuti panjang ni






Berhari-hari makan ni je, anak mak mertua memang tak suka laksa, nak buat macam mana, bini mai sheik makan laksa. Kak Monie dan second daughter je suka, yang lain pandang pun tidak, buat 2 kali ni guna 2 pek laksa kering - bahagi 2 dengan di Lembah Keramat



Friday, 14 September 2018

kadang datang sawan rajin

... balik kerja kelmarin terus rasa nak buat laksa, sekitar pukul 6.00 mula buat dan siap pukul 7.15 padahal siang harinya pergi Putrajaya hadir seminar... Ni le bila sawan rajin mai he he he


kena pula kawan hantar 2 pek nanas, ngam sungguh


pekena dengan kicap



banyak pula untuk seorang nak habiskan (isi rumah ni tak minat), hantar rumah cawang lain di Lembah Keramat sebab di sana ramai hantu laksa tapi tak sempat buat cucur udang hu hu hu

pemberian

... Gee hantar nanas madu petang kelmarin. Terus fikir nak makan laksa, tak tau kenapa 


Thursday, 13 September 2018

nasi beriyani Karachi

.. tak perlu pi Karachi untuk makan beriyani ni, guna Shan je


 



 stir fry 


high pressure 30 minit


keluarkan daging kambing


masukkan beras


masukkan baki air


masukkan akar dan daun ketumbar


selepas 7 minit high pressure


susun daging kambing dan telur - steam 3 minit
opsyen - tutup periuk pun boleh



 Resipi Nasi

6 cawan basmathi- rendam 20 minit
7 cawan air
1 kg daging kambing
1 kotak rempah Shan (Karachi)
3 sekawan serba sikit
akar dan batang ketumbar
1 cili hijau - potong
1 cupsikum hijau - dadu
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 sudu kecil garam

cara penyediaan:
- halia, bawang, rempah, garam perap dalam kambing
- stir fry  bawang besar, cili hijau dan cupsikum
- masukkan daging kambing, balik-balikkan sekejap
- masuk 1/2 sukatan air
- high pressure 30 minit
- keluarkan daging kambing 
- masukkan baki air, akar dan batang ketumbar serta basmathi
- high pressure 7 minit
- aturkan daging kambing dan telur rebus
- steam 2 minit

Resipi Salsa:
4 tomato
4 cili merah
5 cili padi
1 bawang besar
2 sudu kfc gula
1 sudu kfc garam
daun ketumbar - hiris
1 bekas kecil dadih air
jus limau nipis @ lemon (tak letak sebab tak ada)
- kisar, jika pengisar masih tidak bergerak, goncang-goncang jar
- keluarkan dan masukkan gula, garam serta daun ketumbar

***Anekdot
Kak Monie guna air separuh sebab nakkan daging kambing resap rasa rempah. Kalau nak letak semua pun boleh dari awal. Air dalam Noxxa tak akan berkurang. Kak Monie memandai-mandai olah resipi, jangan derhaka dah le...



ayam madu

cuba masak cara ni ... hasilnya sedap


selepas stir fry sekitar 2-3 minit



selepas high pressure 10 minit


balikkan ayam dan steam 3 minit



sampah-sarap yang tidak dimasak he he he

Resipi

1/2 ayam - potong 4
3 sudu besar madu
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
- perap semua bahan
- tinggalkan sampah sarap, ambil ayam dan bahan yang melekat sahaja
- high pressure 10 minit 
- buka dan terbalikkan ayam
- steam 3 minit