... Kak Monie diraikan pada 3 Julai di Bilik Eksekutif. Turut diraikan Kak Hasnah yang juga ahli kelas yang sangat setia. Beliau ialah pekerja dari syarikat yang menjaga kebersihan DBP yang menamatkan kontrak pada 1 Julai. Zaman PKP ini tidak ramai yang memilih untuk datang berkerja pada hari Jumaat. Terima kasih kepada semua yang dapat hadir serta yang menyumbangkan makanan - sekitar 25 orang yang hadir dan juadah masih banyak.
Friday, 3 July 2020
petua yu
... jirus air panas atas ikan yu dan tidak perlu celur - mungkin ikan yu ini kecil dan muda kulitnya nipis lagi. Kemudian lurut kulit perlahan-lahan dan kulit kesat akan tertanggal.
puding roti Ton
ihsan Ton Ahmad
20gm agar-agar tali
250g gula (ikut suka)
1500ml air
5 sudu besar Sunquick
pewarna hijau, merah, kuning
bahan kisar:
6 keping roti
2 biji telur
1 tin susu cair
- masak agar-agar sehingga larut - tapis
- masukkan gula
- simpan tiga senduk
- jadikan tiga senduk ini tiga warna dalam bekas berbeza
- apabila sejuk potong halus
- baki agar-agar apabila mendidih tutup api biar seketika
- agak kurang panas agar-agar masukkan bahan kisar - untuk mengelak daripada susu berkepala
- didihkan seketika dan tutup api
- letak dalam bekas dan tunggu sehingga agak keras baru tabur agar-agar warna-warni
* jangan letak ketika panas sebab agar-agar warna-warni akan tenggelam
Subscribe to:
Posts (Atom)














































































